Kleenex Nak Taja Rumah Terbuka Anda!

9 Aug 2012, 12:34am   |     |    Utama > CANTIK >
Kongsi Article Ini:

Kleenex®, jenama tisu muka No 1 di dunia, mengumumkan pelancaran pengalaman kempen 'Share the Softness Raya Kleenex®' di www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, di mana anda berpeluang memenangi Rumah Terbuka tajaan Kleenex® dan banyak lagi hadiah menarik!

Tisu Kleenex® menawarkan kelembutan dan kekuatan yang tiada tandingan dan direka untuk penyerapan dan keselesaan yang maksimum. Melalui kempen 'Share the Softness', rakyat Malaysia sekali lagi diingatkan tentang kelembutan terunggul tisu Kleenex®. Dan pada masa yang sama, tentang kepentingan perkongsian dalam kehidupan seharian kita kerana ia membolehkan kita melahirkan keperhatinan kepada orang lain, terutamanya kaum keluarga dan rakan-rakan kita yang akan bersama-sama menyambut Hari Raya!

           

Sejak pelancarannya pada bulan April, kempen laman Facebook 'Share the Softness' telah mendapat sambutan hangat. Kini dengan peraduan 'Ria Raya Kleenex®', laman Facebook terus menjadi elemen terpenting dalam kempen ini.

Layari laman Facebook Kleenex® Malaysia dan maklumkan kepada kami mengapa anda ingin Kleenex® menaja rumah terbuka anda! Tiada pembelian perlu dibuat. Hanya lima (5) rumah terbuka yang akan ditaja dan setiap satu bernilai RM5,000 dan ia akan dihoskan oleh dejay HotFM kegemaraan anda!

Peraduan yang telah bermula pada 6 Ogos ini menawarkan hadiah wang tunai, baucar tunai dan hadiah bernilai RM34,500! Tarikh tutup penyertaan 26 Ogos 2012.

Pada masa yang sama, Kleenex® juga memberi penghormatan kepada warisan seni Malaysia pada musim Raya ini dengan pek berilhamkan batik yang disertakan dengan satu pek tambahan untuk dikongsi dengan insan tersayang. Ia boleh didapati pada harga jualan RM12.60 di cawangan utama seluruh negara. Kini, anda dapat menyerikan rumah anda dengan corak ceria bertemakan batik dan menyambut tetamu dengan kelembutan tisu muka Kleenex® yang tiada tandingan.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad