Kleenex Ubah Pengalaman Di Bilik Mandi
Untuk julung kalinya di Malaysia, Kleenex®, jenama tisu muka no.1 di dunia, memperkenalkan satu pengalaman baru yang menyegarkan kediaman anda - Kleenex® Ultra Soft Fresh, dengan gabungan keselesaan dan kelembutan terbaik serta kemewahan untuk anda dan keluarga dalam satu pek yang harum!
Kleenex® Ultra Soft Fresh yang dipenuhi wangian segar semulajadi dan dicetak dengan corak bungaan menepati mutu jenama Kleenex® dengan membekalkan tisu yang amat lembut, kuat dan lebih menyerap. Rumusan 3-helai kekal kuat walaupun basah, justeru dapat memberi penjagaan yang lembut dan berkesan untuk anda sekeluarga.
Kleenex® Ultra Soft Fresh boleh didapati di semua pasaraya dalam pek 10-gulung dan 20-gulung dan setiapnya pada harga jualan RM17.95 dan RM33.10.
Peraduan Kleenex®: Refresh Your Bathroom
Sertai Peraduan Kleenex® Refresh Your Bathroom pada bulan September ini di laman Facebook Kleenex Malaysia (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia)!
Anda berpeluang memenangi 3 hadiah utama bernilai lebih dari RM40,000 keseluruhannya, terdiri dari pengubahsuaian bilik mandi professional bernilai RM10,000, bekalan tisu mandi wangian Kleenex® Ultra Soft Fresh baru selama satu tahun dan liputan ekskusif dalam majalah Parenthood!
Apa yang perlu anda lakukan adalah menjelaskan kepada kami kenapa anda perlukan bilik mandi anda “disegarkan” oleh Kleenex®!
Maklumat lanjut boleh didapati dalam laman Facebook Kleenex® Malaysia sepanjang Sept depan. Jangan berlengah lagi, hantarkan jawapan paling kreatif untuk memenangi peluang menyegarkan bilik mandi anda!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-toll) pada hari minggu dari 9 pagi hingga 5 petang.


