Peraduan SMS Semarakkan Cintamu

13 Feb 2012, 09:08am   |     |    Utama > CANTIK >
Kongsi Article Ini:

Sempena Hari Kekasih ini, satu peraduan SMS sedang diadakan dimana hadiah utamanya sebuah beg tangan Coach dan minyak wangi Lanvin. Turut disediakan lima hadiah sampingan berupa hamper misteri.

Untuk menyertai peraduan SMS Semarakkan Cintamu, terdahulu anda perlu sms LUV ke 33399, dimana setiap peserta dikehendaki mendaftar nama dan kad pengenalan.

Selepas pendaftaran diterima, soalan akan dihantar melalui sms. Peserta hendaklah menjawab sebanyak mungkin soalan yang diberikan untuk mengumpul mata.

Setiap soalan yang dijawab dengan betul akan diberikan 5 mata. Soalan-soalan yang diajukan adalah mengenai rancangan-rancangan popular di TV3, TV9, 8TV dan ntv7, laman sesawang GUA dan juga Tonton.

                                           

Pemenang- pemenang akan dipilih berdasarkan mata paling tinggi terkumpul sepanjang tempoh peraduan.

Setiap peserta boleh menjawab sebanyak mungkin soalan yang mereka mahu sepanjang tempoh peraduan ini dijalankan. Kos untuk setiap SMS yang diterima ialah RM0.50.

Tarikh tutup peraduan 25 Februari 2012.

Kod & tarif SMS
1. LUV - Untuk menyertai peraduan SMS
2. LUV<jarak>NAMA<koma>NO. IC - Untuk mendaftar
3. LUV<jarak>JAWAPAN - Untuk menjawab soalan
4. LUV<jarak>RANK - Untuk menyemak kedudukan

* Setiap kod dikenakan tarif sebanyak RM0.50.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad