Raikan Raya Dengan Kulit Sihat Dan Menawan
Kulit yang sihat dan menawan adalah impian setiap wanita. Sebab itu, Dermalogica® menggesa agar para wanita tidak mengabaikan penjagaan kesihatan kulit supaya dapat tampil menawan dan seri kulit serlah dari dalaman.
Selebriti dan pelakon tempatan Farah Nabilah turut bersetuju bahawa tiada yang lebih penting daripada memiliki kulit yang sihat. Tanpa penjagaan yang baik, kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Farah menjelaskan keberkesanan produk Dermalogica® yang digunakannya apabila menyedari keadaan kulitnya yang sensitif. Pelakon muda ini begitu percaya akan keberkesanan jenama ini dalam mengekalkan kesihatan kulitnya sepanjang syif bekerja yang tidak menentu serta kehidupannya yang sibuk. Tambahan pula, Farah kini sibuk dengan penggambaran serta persediaan untuk menyambut bulan Syawal.
“Saya mendapati rangkaian produk UltraCalming daripada Dermalogica® begitu sesuai dengan kulit saya yang agak sensitif kerana saya dapat merasakan kelegaan serta-merta apabila menggunakannya. Penggunaan rangkaian produk daripada Dermalogica® memelihara kulit saya agar kelihatan segar, kekal sihat dan bermaya sepanjang hari,” kongsinya.
“Adalah menjadi amalan untuk menziarahi rakan-rakan dan saudara-mara di bulan Syawal. Perjalanan yang banyak, tidak kira dekat atau jauh mengakibatkan masa penjagaan kulit diabaikan. Dengan adanya produk Dermalogica®, penjagaan kulit saya menjadi lebih senang. Ini kerana saya memahami keperluan kulit muka saya serta produk yang sesuai melalui Dermalogica®.
"Saya membawa produk Dermalogica® ke mana-mana sahaja. Selain daripada produk-produk asas, UltraCalming™ Relief Masque, UltraCalming™ Mist dan Overnight Repair Serum adalah pilihan utama saya. Ini merupakan penjagaan yang lebih baik dan yang dipilih khas untuk keperluan kulit saya selepas diberi khidmat nasihat daripada pakar kulit Dermalogica®,” tambahnya lagi.
UltraCalming™ Relief Masque
Masque rawatan yang mujarab untuk kulit sensitif dan reaktif dalam membantu untuk memulihkan daripada kerosakan dan sensitiviti di samping meningkatkan ciri-ciri perlindungan dan menggalakkan fungsi tisu yang sihat. Bahan-bahan botanikal membantu melegakan dan menenangkan kulit yang tertekan. Bahan utama dalam produk ini termasuklah UltraCalming™ Complex, ekstrak Portulaca Oleraca, ekstrak Mugwort dan cendawan.
UltraCalming™ Mist
Toner dalam bentuk semburan ini mudah digunakan dan memberikan kelembapan kritikal di samping membantu melegakan dengan cepat dan melindungi daripada kerengsaan dan ketidakselesaan. Membantu kulit untuk pulih daripada kerosakan dan memulihkan fungsi perlindungan lipid. Bahan utama produk ini termasuklah UltraCalming™ Complex dan bahan aktif oat semula jadi.
Overnight Repair Serum
Maksimumkan waktu rawatan kulit pada waktu malam untuk mengurangkan garis halus muka dan tingkatkan keserian kulit. Gunakan serum ini bersama-sama pelembap krim malam anda untuk mendapatkan kebaikan agar dapat melawan penuaan kulit. Serum berkuasa peptida (peptide) ini akan merangsangkan penghasilan kolagen agar kulit kekal anjal dan berseri. Kandungan Argan and minyak ros mengembalikan keserian kulit.
Keperluan kulit anda adalah unik dan berbeza daripada yang lain. Dapatkan khidmat nasihat percuma dari pakar yang berpengalaman dari Dermalogica® bagi mendapatkan penyelesaian khas buat diri anda yang tertumpu kepada masalah kulit yang spesifik.
Lawati mana-mana pusat Dermalogica® berhampiran anda sekarang untuk mencuba produk Dermalogica yang berprestasi tinggi, yang dihasilkan mengikut syarat yang ketat, berdasarkan “7-No”, tanpa warna tiruan, tanpa wangian sintetik, tanpa alkohol SD, tanpa lanolin, tanpa mineral, tanpa formaldehid, dan tanpa ramuan bukan komedogenik (yang menyumbat pori).


