Terapi HydraWhite Baru AsterSpring

23 Aug 2012, 06:51pm   |     |    Utama > CANTIK >
Kongsi Article Ini:

Kulit yang lembut tampak lebih hebat dengan rupa berseri. Wanita kini boleh memiliki kedua-dua ciri ini dengan Terapi HydraWhite AsterSpring yang terkini! Rawatan revolusi ini menjanjikan tona kulit berseri yang menyerlahkan kulit sihat yang lembap.

Rawatan bermusim HydraWhite ini dilakukan oleh ahli terapi mahir di rangkaian kedai AsterSpring sehingga September depan. Rawatan yang lain dari yang lain ini menggunakan Nano Mist atau Kabus Nano yang 13 kali lebih halus daripada pengewap biasa. Nano Mist melembutkan epidermis yang membolehkan produk rawatan kulit menyerap dengan mudah ke dalam lapisan antara sel kulit.

Terapi HydraWhite juga mempunyai kuasa mengekal kelembapan y-PGA, iaitu ciri natto yang melekit, juga dikenali sebagai kacang soya penapaian. Natto, bukan sahaja mengandungi y-PGA, malah ia kaya dengan Vitamin B2, B6, B12, E, K2 dan banyak enzim penghadaman yang lain. Penambahan y-PGA ke dalam rawatan HydraWhite menjadikan rawatan ini jauh lebih baik untuk mempertingkatkan keanjalan kulit dan kolagen, di samping mengekalkan kelembapan dengan berkesan.



HydraWhite Paraffin Masque merupakan sebahagian daripada rawatan ini. Penyelesaian kepada kulit matang dan kusam, suam pupur ini mengurangkan garis-garis halus dan meningkatkan pengaliran darah.

Di akhir Terapi HydraWhite, anda akan mendapati tona kulit yang tidak sekata sebelum ini semakin mengurang dan menyerlahkan wajah yang jelas berseri. Kulit juga segar semula dengan kelembutan yang dipertingkatkan.

Masih belum pasti sama ada mahu mendapatkan rawatan penuh Terapi HydraWhite? Jangan risau! Dengan promosi semasa AsterSpring, percubaan pertama rawatan hanya berharga RM268 sahaja (harga biasa RM348). Selain daripada rawatan prestasi tinggi pada muka dan leher, pelanggan yang mendaftar untuk sesi percubaan juga akan menerima pelega tekanan kepala bernilai RM48 serta Dermalogica Daily Microfoliant (13 gm) bernilai RM43.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad