Tetap Menawan Sepanjang Puasa

9 Aug 2011, 12:22am   |     |    Utama > CANTIK >
Kongsi Article Ini:

Kini kita berada di minggu kedua bulan Ramadhan. Setakat ini bagaimana dengan ibadah puasa anda? Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Ingat, walaupun berpuasa, anda perlu jaga penampilan agar sentiasa tampil menawan dan bersemangat. Janganlah nampak letih dan tidak bermaya. Tip berikut boleh membantu:-

 

1) Walaupun berpuasa, jangan sesekali mengabaikan pengambilan air kosong kerana ia adalah agen yang paling baik untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan.  Pastikan anda minum lapan gelas sehari.

 

2) Ketika berbuka atau bersahur, pilihlah makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Makanan ini selain memberi tenaga, ia juga baik untuk sistem pencernaan.

 

3) Jangan makan terlalu banyak sehingga melebihi keperluan tubuh badan. Pengambilan makanan yang berlebihan bukan membuatkan anda semakin bertenaga, sebaliknya ia membuatkan anda semakin penat.

 

4) Ambil supplemen atau vitamin untuk membantu tubuh mendapat khasiat yang diperlukan. Vitamin C, vitamin E atau multivitamin mungkin pilihan yang sesuai.

 

5) Jangan lupa memakai krim pelembap wajah dan losyen badan untuk mengelakkan kulit menjadi kering. Terutamanya di siang hari.

 

6)  Untuk mengatasi masalah lingkaran hitam di bawah mata kerana kurang tidur setelah bersahur, gunakan concealer atau pembayang mata warna beige untuk menutup kekurangan itu.

 

7) Gunakan warna-warna cerah untuk solekan supaya wajah nampak segar dan bermaya.

 

8) Selepas mengaplikasi bedak di wajah, gunakan shimmer untuk membuatkan wajah nampak lebih berseri.

 

9) Jangan memakai gincu bibir yang berwarna pekat. Sebaliknya pilih warna-warna yang cerah atau semulajadi. Pengilat bibir juga satu pilihan yang baik.

 

10) Perlu juga diingat, aktiviti fizikal atau senaman juga perlu dilakukan ketika berpuasa. Lakukan kira-kira 20 minit menghampiri waktu berbuka.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad