• facebook
  • twitter

BICARA CINTA DJ LIN

Bicara Cinta DJ Lin: Cinta Terlarang

0 Comments

by DJ Lin | 19 Oct 2011 | in CINTA, BICARA CINTA DJ LIN,

Salam Suria Cinta... Persona Cinta Anda...

Lin ingin berkongsi bicara tentang isu 'cinta terlarang'. Dalam hidup, tak siapa inginkan penderitaan apatah lagi yang melibatkan perasaan. Namun kadangkala ujian datang melanda dan tak siapa dapat menghalangnya kerana ia melibatkan hati dan perasaan.

Hanya yang pernah melaluinya saja yang dapat merasakan betapa sukarnya meniti titian cinta yang penuh dengan onak dan duri, yang jika tersilap akan memakan diri kita sendiri. Dalam situasi sebegini, kita perlu berfikiran positif dari sudut pemikiran juga tindakan yang bakal kita lakukan.

Setiap apa yang terjadi pasti ada sebab dan puncanya yang tersendiri, dan apabila kita terjebak dengan cinta terlarang, sebaiknya berusaha untuk menghindarinya. Sebagai contoh, jika di waktu itu kita masih solo dan terpaut hati pada hak milik orang, jalan yang terbaik kita perlu segera mencari pasangan untuk membolehkan perhatian kita teralih daripada si dia yang sudah pasti tidak akan jadi milik kita.

Kerana kadangkala apabila bersendirian, hati kita sunyi dan hidup terasa kosong. Untuk itu kita perlukan seseorang yang dapat menjadi tempat kita meluah rasa dan bicara suka dan duka.

Jika kita berusaha ke arah itu, tidak mustahil perasaan yang terbit terhadap si dia yang dah berpunya akan beransur hilang sedikit demi sedikit. Dalam masa yang sama, ciptakan jurang seperti tidak lagi selalu bertembung dengannya, tidak lagi kerap berSMS atau bercakap di telefon.

Jika ada waktu terluang, isikan dengan aktiviti yang anda minati dengan keluarga dan teman agar fikiran anda tidak lagi tertumpu pada si dia. Lebih baik jika anda dapat memberikan kenyataan padanya tentang hakikat cinta anda dan si dia yang mustahil untuk menjadi nyata.

Biarpun ada rasa cinta namun kita perlu berpijak di bumi yang nyata dengan menerima kenyataan yang kita atau si dia sudah pun berpunya. Sekalipun hubungan terlarang itu diteruskan jua, ia hanya akan menjadi sia-sia tanpa menjanjikan apa-apa di penghujungnya.

Renungkanlah...

Lin akan kembali lagi temankan anda menerusi episod Bicara Cinta yang akan datang. Bersama kita mendekati dunia cinta sebenar. Berusaha untuk menjadi pasangan terbaik di kalangan yang baik dan jangan sekali-kali kita lupa dari mana asal usul kita...

Dengarkan Rancangan Suria Cinta - Persona Cinta Anda yang ke udara di Suria FM, setiap Ahad - Jumaat, bermula 11 malam hingga 2 pagi. Jumpa lagi.

Follow Lin di Twitter di 'Djlinsuriacinta' atau klik LIKE di fan page Lin di Facebook di 'Dj Lin suria cinta suria fm'.

  • Kongsi Artikel Ini
    • email
    • facebook
    • twitter
  • Rating
  • 0/5

0 Komen

    total: 0 | displaying: 0

You'll need to login to leave a comment

Not registered yet? It's easy and quick - Register now

Advertisement

Related Stories

Artikel Popular

AdNetwork
Advertisement