Cantik Di Hari Raya Bersama Shiseido

9 Aug 2012, 12:51am   |     |    Utama > CANTIK >
Kongsi Article Ini:

Sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Shiseido Malaysia telah melancarkan tiga set penjagaan wajah istimewa. Ketiga-tiga set ini didatangkan dalam bungkusan istimewa pada harga cukup berbaloi, iaitu lebih rendah daripada nilai sebenar.

Sebagai meraikan kehadiran Misha Omar sebagai duta produk ini, Shiseido menyediakan set Raya yang dinamakan Misha’s Choice atau Brightening Foundation Set yang berharga RM300 (Semenanjung) dan RM310 (Sabah & Sarawak) setiap satu. Set perawatan wajah ini mengandungi enam produk pilihan Misha seperti Shiseido White Lucent Intensive Spot Targeting Serum+,  White Lucent Brightening Spot Control Foundation dan White Lucent Brightening Protective Emulsion. Sebagai bonus, set ini juga mengandungi sekeping cakera padat yang memuatkan single terbaru Misha Omar.

                     

Dalam satu temubual yang diadakan dengan Misha tidak beberapa lama dahulu, Misha memberitahu dia sangat menyukai produk rawatan wajah Shiseido kerana kesannya boleh dilihat dalam waktu yang singkat. Malah, mengakui semenjak bersama Shiseido, ramai orang di sekelilingnya nampak perubahan pada dirinya. Jadi, tidak salah mencuba bukan? Mungkin produk perawatan wajah ini juga sesuai untuk anda.

Dua lagi set raya yang boleh didapati ialah Intensive Radiant Set dan Perfect Eye Set yang masing-masing berharga berharga RM365 (Semenanjung), RM385 (Sabah & Sarawak) dan RM158 (Semenanjung), RM160 (Sabah & Sarawak).

             

Intensive Radiant Set ditujukan khas kepada mereka yang mahu mengembalikan kecerahan kulit yang semakin kusam serta tidak bermaya. Dengan pemakaian secara teratur, set perawatan White Lucent ini menjanjikan kulit wajah yang lebih cerah berseri.

Sementara Perfect Eye Set sesuai untuk mereka yang selalu ke sana ke mari atau menjalani rutin harian yang sibuk. Set ini mengandungi maskara, penggaris mata, pembayang mata, pensil kening dan juga pembersih solekan mata dalam saiz yang mudah dibawa ke mana-mana.

            

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan ketiga-tiga set ini di kaunter-kaunter Shiseido berdekatan anda sekarang. Kalau bukan untuk kegunaan sendiri, mungkin boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang.

Dan kini, anda berpeluang memenangi hadiah dari Shiseido!

Sebagai menghargai sokongan pembaca GUA, kini GUA memberi peluang untuk anda memenangi tiga set hadiah istimewa daripada Shiseido. Set bernilai RM180 setiap satu ini mengandungi satu produk perawatan wajah dan sekeping cakera padat Misha Omar.

Untuk menang, anda hanya perlu jawab dua soalan mudah di bawah:-
1) Namakan tiga set istimewa yang disediakan oleh Shiseido Malaysia sempena Hari Raya ini?
2) Namakan dua produk perawatan wajah yang menjadi pilihan Misha Omar.

Tiga peserta pertama yang menghantar jawapan tepat akan dipilih sebagai pemenang! Tarikh tutup peraduan 15 Ogos 2012. Emelkan penyertaan anda dengan segera ke eekee@gua.com.my besertakan nama penuh, nombor telefon dan alamat surat-menyurat.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad