Resepi Berbuka GUA - Ikan Kukus Asam Taucu
Hari ini, GUA ingin kongsikan satu menu yang ringkas dan sihat untuk pengemar masakan ikan. Resepi ini menggunakan kaedah kukus. Sekiranya anda tiada pengukus, boleh juga digantikan dengan menggunakan kuali yang bertutup.
Ramuan:

Seekor ikan Siakap
1 sudu besar taucu
4 ulasbawang putih
1 inci halia
4 tangkai cili padi
Beberapa biji asam boi
Beberapa biji lada hitam
1 biji tomato
Daun sup
Daun bawang
Garamsecukup rasa
Cara-cara:
1. Bersihkan ikan
2. Tomato dibelah 4
3. Potong bawang putih, halia dan cili padi
4. Kemudian, tumbuk halia, bawang putih dan lada hitam sehingga lumat
5. Lumurkan bahan yang ditumbuk tadi pada keseluruhan ikan dan perap selama setengah jam
6. Didihkan air di dalam tempat pengukus
7. Letakkan taucu, garam, asam boi, daun sup, daun bawang dan tomato pada ikan yang telah diperap
8. Kukus ikan selama 20minit dengan api yang perlahan
9. Hidangkan bersama nasi putih
Amat mudah dan ringkas. Masakan ini juga amat sesuai dihidangkan ketika bersahur. Selamat mencuba!
Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini jika masakan anda berjaya.


