EntertainmentInterview

AJL22 : Bagaimana Persiapan Mereka?

by Miss Ayu | 25 Jan 2008
  • Share

25 Jan 2008

Anugerah Juara Lagu ke 22 akan berlangsung dalam tempoh kurang dua hari lagi. Agak-agaknya macamana dengan persiapan mereka yang bakal bertanding pada malam itu? Pasti masing-masing sibuk menjalani latihan bagi memastikan persembahan mereka mantap pada malam penentuan nanti.

Hendak tahu perkembangan terkini persiapan mereka? Kami di GUA sempat menemubual beberapa artis yang terlibat. Let’s check it out!

Fazli Zainal

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Setiap hari saya berlatih vokal di bawah bimbingan Hazami, dalam masa sama saya masih menerima show sana-sini. Ada juga memberi komen mutu vokal saya tidak berapa bagus ketika separuh akhir Juara Lagu lalu terutama bahagian low note. Sebab itu saya perlu memastikan mutu suara pada malam itu bagus dan sebutan ayat juga jelas.

Pada malam tersebut saya akan mengenakan pakaian rekaan Hazwani Osman. Saya telah memakai rekaannya semenjak awal kemunculan sebagai artis. Bagi saya fesyen lelaki tak remeh seperti wanita, tetapi Hazwani tahu rekaan yang bagaimana sesuai untuk saya. Harapan saya untuk Juara Lagu ini, kalau boleh mestilah hendak menang, tetapi saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi, yang penting saya lakukan yang terbaik. AJL adalah pertandingan untuk komposer dan penggubah lirik, oleh itu jadi tanggung jawab saya untuk bawa lagu ciptaan mereka secara terbaik.


Jacyln Victor



Dalam tempoh-tempoh terakhir ini saya agak sibuk dengan sesi latihan di studio. Saya dan Lah cuba mencuri masa untuk berlatih bersama dan boleh dikatakan hampir setiap hari kami dapat berlatih. Bagi diri saya, saya lebih menumpukan perhatian kepada kekuatan vokal berbanding daripada persembahan. Paling penting, emosi lagu ini dapat disampaikan kepada semua pendengar dan saya yakin Lah juga akan cuba membawakan lagu ini dengan terbaik.

Pasal nak jaga suara, saya ini memang bukan jenis yang suka berpantang-pantang. Tapi saya cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Pada malam tersebut saya akan mengenakan gaun yang direka oleh Carven Ong.

 


Misha Omar



Buat masa ini Misha agak risau dengan tahap kesihatan. Bermula pagi Rabu lalu, tiba-tiba Misha alami gangguan suara. Tapi, setelah mendapat rawatan doktor, kini keadaan Misha sudah beransur pulih dan Misha harap ia akan pulih sepenuhnya pada malam AJL nanti.

So, sekarang ini Misha lebih kepada persiapan mental. Kalau boleh Misha tidak mahu masalah suara ini mengganggu tumpuan Misha untuk mengadakan persembahan. Pada saat-saat akhir ini juga, Misha selalu buka laman web YouTube untuk lihat persembahan Misha yang lepas-lepas. Mana-mana kesilapan yang Misha nampak, Misha akan take note dan cuba buat yang lebih baik.

Kalau boleh Misha mahu persembahan Misha dan Andy (Flop Poppy) pada malam tersebut meninggalkan memori di ingatan semua pihak. Kalau tidak berjaya menjuarai AJL22 pun, sekurang-kurangnya ada ‘buah tangan’ untuk peminat daripada Misha dan Andy.

Menyentuh soal pakaian, Misha dan Andy sepakat menempah pakaian dengan Saiful Bahari. Keputusan ini kami buat setelah melihat lakaran yang Saiful buat dan kami menyukai rekaan tersebut. Kalau hendak tahu bagaimana rupa pakaian kami, jangan lupa saksikan persembahan kami nanti.



Lah V.E

Saya memang berbesar hati dapat menyanyikan lagu ini bagi menggantikan tempat Rio Fabian. Saya harap saya dapatkan berikan yang terbaik dan tidak mengecewakan Jac kerana dia yang memilih saya. Mungkin saya akan buat sedikit perubahan pada malam tersebut. Untuk jaga suara, saya amalkan minum madu apabila dirasakan perlu.


Ramlah Ram



Disember lepas, Ramlah tidak begitu sihat sebab itu tak banyak practice. Sekarang ini Ramlah sudah mula berlatih. Iyelah, sudah tidak banyak masa yang tinggal. Ramlah harap pada malam tersebut, Ramlah dapat berikan satu persembahan yang cukup membanggakan dan akan diingati oleh peminat.

 

 

 

 



  

Comment
 
By brian   1/25/2008 4:57:41 PM
good luck jac...
By by lis85   1/25/2008 4:40:04 PM
kak misha omar semoga berjaya
By burgerkill   1/25/2008 4:37:19 PM
faizal tahir mmg layak di gam!!sbgai seorg Muslim,kena ada tatasusila yg tidak mencemarkan agama itu sendiri.Daripada seorg penyanyi dakwah berubah menjadi seorg penyanyi yg menjengkelkan.Bagai KADOK NAIK JUNJUNG!
By yusrimau   1/25/2008 4:21:37 PM
yahoo...aku da menang tiket gi bali....hahahahhaha
By lynda   1/25/2008 3:40:32 PM
gud luck for da all song..hopely lgu dstinasi cnta become da winner..huhuhu...
By iena   1/25/2008 3:26:28 PM
Aku nyampah betul tgok misha omr,..tahu x knpa....pakai sgt alat kat telinga tu..konon2..bestlah nampak tapi nyanyi lagi x sampi 5 second pun dah cabut alat tu...x pyah pakailah... bukan skali dua..tapi berkali2 mcm tu bila wat persembahan....over je lebih..sejak aku tgok mcam tu..aku meluat sgt tgok dia....action mengalahkan superstar..siti x mcm tu..
By wind   1/25/2008 2:04:05 PM
saya pun tak puas ati bile faizal tahir di gam.. hanya beliau yang layak menyanyikan lagu beliau tu sendiri....
By tracymanja   1/25/2008 1:56:56 PM
4 misha omar smoga cepat sembuh n bt yg tbaik di ajl nnt.sy pasti anda smua mampu bjaya dlm dunia seni ni x kira waktu n keadaan
By sakura   1/25/2008 1:09:55 PM
gd luck 4 all.....do de bst performnce........for lah ve(gd luck), faizal tahir i alwayz support u!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
By yoojin   1/25/2008 1:01:11 PM
hopefully lagu hazami bleh menang..lagu tu best gilak n lagu izinkanku pergi pun best..good luck
MORE COMMENTS: 1  2  
Total Comments: 10 of 14
Add your comment

Name

Email

Comment

 

 
Video Call
Gua Muzik