4 Figura Wanita Genit Di Karpet Merah AJL
Potongan badan seorang model menjadi idaman setiap wanita kerana figura itu sering dipandang cantik. Sememangnya mereka bertubuh tinggi lampai lagi langsing ini mudah menggayakan apa jenis pakaian sekalipun. Lihat sahaja penampilang model cantik Tengku Azura, Amber Chia, Tinie dan banyak lagi.
Persepsi begini mungkin timbul apabila kebanyakan pakaian di pasaran mengikut saiz barat bagi mereka berketinggian 165sm (5’5) sedangkan majoriti tinggi wanita Asia hanya 160sm (5’3) ke bawah.
Bertubuh genit bukannya tidak cantik malah mereka juga mampu bergaya sekiranya redha menerima seadanya diri mereka. Bijak memilih gaya penampilan juga memainkan peranan besar agar yang berkaki pendek boleh kelihatan panjang dan yang punya aset boleh diserlahkan lebih menawan.
Menyedari kekurangan pasaran pakaian buat si genit, butik Wallis dari London ada menyediakan pakaian buat wanita genit atau ‘petite’ ini. Jenama tempatan juga ada menyediakan pakaian bersaiz Asia jika anda bijak mencari.
Mengenali tubuh sendiri juga penting sebelum memikirkan penampilan diri. Apakah anda dalam kategori si genit atau ‘petite’ yang memiliki bentuk tubuh gitar atau ‘hourglass’, segi tiga (‘triangle’), segi tiga diterbalikkan (‘inverted triangle’) atau empat segi (‘rectangle’)?
Dari situ anda perlu kenal pasti pakaian apa mampu menyerlahkan lagi kecantikan dianugerahkan walaupun ketinggian anda tidak pun sampai 165sm (5’5).
GUA menyorot kelibat gadis berfigura genit atau ’petite’ ini di karpet merah Anugerah Juara Lagu (AJL) sepanjang tahun. Semestinya si cantik Dato' Siti Nurhaliza (AJL 25), Dayang Nurfaizah (AJL 23), Lisa Surihani (AJL 25) dan Juliana Evans (AJL 24) mewakili empat tubuh yang GUA maksudkan tadi.
‘Hourglass’

Kredit gambar: Cutecarry
Bentuk tubuh paling ideal kerana keseimbangan bahagian dada dan pinggul yang mempunyai ukuran sama. Bahagian pinggang pula ramping bak kerengga berukuran kurang beberapa inci dari dada dan pinggul. Seniwati Saloma, Siti Nurhaliza dan Salma Hayek memiliki tubuh badan sesempurna ini.
Kebanyakan wanita mengidamkan bentuk tubuh sepertinya pasti berusaha pelbagai cara agar memberi ilusi bentuk tubuh ‘hourglass’. Mungkin dengan bantuan potongan kain pada gaun dan aksesori sewajarnya.
Elakkan memakai gaun potongan ‘trapeze’. Tonjolkan diri anda dengan ‘empire dress’. Tampak lebih elegan pilih ‘monochromatic column dress’ dengan ‘drape fabric’ lembut yang labuh mencecah lantai. Gaun labuh meleret ini mampu memberi ilusi tinggi buat si pemakai.
‘Triangle’

Kredit gambar: redmummy
Kebanyakan wanita genit punya tubuh digelar ‘triangle’ atau figura ‘pear-shaped’ iaitu berbahu dan dada kecil tetapi bahagian pinggul lebih besar menawan. Tumpuan utama memilih gaun adalah pada bahagian atas agar kelihatan lebih bidang.
Antara selebriti memiliki tubuh ini - Lisa Surihani, Lucy Liu dan Kelly Clarkson. Sangat mencabar bagi mereka untuk memilih gaun. Pastikan bahagian atas gaun seimbang dan kurangkan ‘heavy’ pada bahagian bawah.
Elakkan memakai ‘halter dress’ kerana bahu anda pasti kelihatan lebih kecil. Pilih ‘empire dress’ atau ‘wrap dress’ berwarna solid yang memiliki perincian membentuk ilusi ketinggian dan bahagian pinggang rampin.
Gaun mini paling sesuai dan jika anda mencari gaun cetakan, pilih warna yang sesuai dengan kulit anda. Cari motif rekaan paling padan dengan size anda.
‘Inverted Triangle’

Bahagian atas lebih besar manakala pinggul pula lebih kecil. Kalau di barat, kebanyakan selebritinya telah membuat pembedahan di payudara. Sebab itu tubuh ‘inverted triangle’ jarang ada. Tetapi tumpuan GUA adalah mencari selebriti berbahu bidang dan pinggul lebih kecil seperti Dayang Nurfaizah dan Alyssa Milano.
Terdapat tiga gaya paling sesuai untuk tubuh ‘inverted triangle’ - ‘wrapped dress’, ‘sheath dress’ dengan ‘pegged skirts’ dan gaun yang punya ‘hip details’.
Pilih rekaan gaun yang mempunyai ‘drop waists’, ‘peplums’ dan berpoket. Gaya ‘strapless dress’ pula lebih menyerlahkan bahu bidang nan cantik. Bagi menghasilkan ilusi pinggul menawan dan seimbang, pastikan gaun atau skirt anda berpoket atau berteknik draped.
‘Rectangle’

Bukan tidak cantik kerana mereka lebih kurang tubuh ‘hourglass’ cuma ukuran pinggang juga tidak jauh bezanya dengan dada dan pinggul. Sebab itu tubuh ‘rectangle’ ini sangat ‘petite’ dan kelihatan lurus sahaja.
Sangat penting bagi wanita berbentuk tubuh ‘rectangle’ untuk kelihatan lebih ‘curvy’ dan membentuk ilusi pinggang ramping. Melihat Juliana Evans, gadis cantik ini sangat kurus dan kecil sahaja orangnya. Kalau di barat semestinya Reese Witherspoon.
Elak memakai ‘trapeze dress’ kerana ia menutup langsung bentuk tubuh ‘rectangle’. Melainkan anda ‘extra-small’ size. Gaun ‘trapeze’ gaya era 1920 pasti mampu disarung tetapi pilihlah yang ‘flapper style’ mirip gaya Twiggy era 60-an.
Jikalau tubuh ‘rectangle’ bersaiz 6 ke atas, lebih baik anda cari jalan mahu kelihatan lebih ramping. Gaun ‘color block’ dengan ‘waistband’ gelap pasti memberi ilusi tubuh munggil. Penampilan pasti menawan kerana ‘color block’ merupakan trend 2012. Begitu juga wajah 20-an dan 60-an yang kembali segar diadaptasi oleh pereka-pereka fesyen.


