Anggun Dengan Busana Galeri Muslimah

4 Sep 2011, 12:00am   |     |    Utama > FESYEN >
Kongsi Article Ini:

Mencari kelainan dalam gaya fesyen anda? Apa kata anda ke Butik Galeri Muslimah yang terletak di A-1-6, Blok A, PJU 8/1, Neo Damansara, Damansara Perdana. Butik yang diasaskan oleh pasangan anak tempatan, Johari Mohd Ghazali dan Nora Shiekin Zakaria ini sentiasa menampilkan trend terkini koleksi busana yang cantik, unik dan elegan.

 

Memulakan empayar mereka pada tahun 2009, perniagaan Galeri Muslimah merangkumi jualan runcit, jualan borong dan penjenamaan semula. Istimewanya, butik Galeri Muslimah sentiasa menitikberatkan fabrik yang berkualiti agar pelanggan yang datang berpuas hati dengan jenama mereka. Malah, busana, aksesori serta tudung yang terdapat di butik ini juga dijual dengan harga berpatutan. Berikut GUA paparkan beberapa koleksi istimewa dari butik Galeri Muslimah.

Model memperagakan kaftan moden dengan potongan serong bercorak abstrak, serta dipadankan bersama gaun labuh dari kain silk berwarna biru diraja. Kehalusan dan kekemasan jahitan busana ini menyerlah serta melambangkan lagi keeksklusiviti perekanya. Kaftan moden ini cantik digayakan dengan selendang ‘stretchable silk’ bersama turban bertakhtakan batu swaroski dari pelbagai bentuk dan warna. Busana rekaan eksklusif pemilik butik, Nora ini ternyata menyerlahkan lagi kelangsingan si pemakai.


 
Ingin tampil berbeza ketika sambutan Aidilfitri, butik Galeri Muslimah menampilkan kombinasi unik di mana model menggayakan baju sutera inspirasi ‘pario’ yang dipadankan dengan seluar beserta blous dari ‘valentino silk’. Anggun digayakan dengan selendang ‘strechable silk’ berwarna bronze bersama turban merah hati yang dihiasi pelbagai batu swaroski.



Model tampak ayu menggayakan kaftan denim lembut yang stretchable. Busana ini cantik digayakan bersama tali pinggang yang dibuat khas dari denim bertakhtakan corak manik yang unik. Fabrik ‘stretchable denim’ ini adalah seumpamanya dari ilham pereka,  Nora yang mengabadikan jiwa kental si pemakai di samping tampak feminin dan bergaya. Cantik dipadankan dengan selendang berwarna putih bersama turban dengan hiasan batu swaroski berwarna coklat.




Model mengenakan potongan gaun moden berhud dari kain silk manakala hud adalah gabungan dari kain French mesh warna hitam dan printed silk dengan motif harimau. Bahagian kepala dipakaikan turban bertatahkan batu-batu swaroski dan pada leher dipakaikan ‘customized turtle neck’. Sesuai untuk semua majlis kerana rekaan ini mencerminkan gaya elegan di dalam identiti kelas tersendiri si pereka.




‘Dress Cotton’ yang didatangkan dengan ‘turtle neck’ dan dipadankan dengan ‘cover piece cotton’ berhud ini menyerlahkan lagi keayuan si pemakai. Sentuhan segar oleh Puan Nora ini dipakai bersama turban bertatahkan batu swaroski serta ditambah pula dengan aksesori di leher,  sekaligus menjadikan ia fokus utama pada gaya ini.




Model menggayakan ‘dress cotton’ hud berwarna hijau bersama dengan ‘cardigan’ warna pink. Manakala di bahagian leher dipakaikan ‘turtle neck’ berzip dan kain silk bercorak yang dijadikan tali untuk membelit pinggang. Cantik dipadankan dengan turban pink bertatahkan batu swaroski. Busana ini sesuai bagi mereka yang mahukan keunikan dalam keserderhanaan berfesyen.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad