Koleksi Suri & Lana Serlah Aura Si Pemakai
Butik Mimpikita sekali lagi membawa dimensi baru fesyen tanahair menerusi pelancaran jenama terbaru kelolaan butik itu iaitu Suri & Lana.

Berkonsepkan gaya elegan moden disuntik elemen ‘classy’ menjadikan rekaan Suri & Lana ini sesuatu yang molek dipakai bagi mereka yang inginkan sentuhan busana anggun.


Mengambil inspirasi Audrey Hepburn dalam filem 'Breakfast at Tiffany’s' pada tahun 1960, Suri & Lana membawakan sesuatu yang menarik menerusi pemilihan fabrik yang berani di samping rekaan yang berbeza dari yang lain.


Sesuai digayakan pada majlis makan malam mahupun secara kasual, busana Suri & Lana menepati ciri seorang wanita Malaysia moden yang berkarisma dalam masa yang sama mengekalkan nilai feminisime yang tinggi.


Perincian riben, lace dan labuci menambah keunikan koleksi ini. Penggunaan fabrik yang bermutu tinggi seperti satin sutera, Thai silk dan printed Chiffon menyerlahkan gaya ‘high fashion’ si pemakai. Gabungan kesemua elemen ini membuatkan setiap rekaan berada dalam kelas tersendiri dan sudah tentu menyerlahkan keyakinan diri setiap wanita yang memakai rekaan Suri & Lana.


Cetusan idea bernas Datin Esmila Saruji dan Puan Nurul Afidah Zulkifli ini boleh didapati di butik Mimpikita, 15-1, Jalan Telawi 2, 59100, Kuala Lumpur dan juga di Butik Prive’, Lot 12, Ground Floor, Dormani Square, 93400, Kuching, Sarawak.


Koleksi ini juga boleh didapati melalui portal membeli belah popular, FashionValet.net dengan harga yang pastinya membuatkan anda semua teruja.

Untuk maklumat lanjut, pembaca GUA boleh melayari laman sesawang www.surilana.com.my.


