Sumbangan Kose Pada Laut Biru

26 Jul 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Selamatkan laut biru, itulah mesej yang ingin disampaikan Kose pada majlis yang berlangsung di Centre Court, Mid Valley, 19 Julai lalu. Menurut Reef Check Malaysia, Julian Hyde, laut luas yang merangkumi tiga perempat keluasan permukaan bumi ini semestinya perlu dipelihara sebaik-baiknya.

Kempen Save the Blue bermula di Jepun kini dibawa ke tiga Negara seperti Singapura, Thailan dan Malaysia. Sebahagian pembelian produk Kose edisi terhad akan disalurkan ke projek pembaik pulih semula terumbu karang di Pulau Tioman.

“Semua sedia maklum, pulau ini menjadi tumpuan pelancong dan memang perlu untuk dipelihara lautnya agar lebih cantik. Terutama peminat aktiviti menyelam, terumbu karang terpelihara dan cantik semestinya memberi kepuasan kepada mereka,” ujar duta Kose Infinity Amy Mastura.

Penyanyi dan pelakon itu telah dua tahun menjadi duta Kose koleksi Infinity turut sama menjayakan kempen Save the Blue. Dia berkongsi pengalamannya ke Okinawa Jepun melihat sendiri bagaimana usaha di matahari terbit itu dalam menghargai terumbu karang. Katanya, mereka menanam semula terumbu karang dari darat dan kemudiannya dipindahkan ke dasar laut.

“Masyarakat di Jepun sangat menghormati lautan. Mereka tak akan pijak sesetengah tempat terlarang demi memelihara terumbu karang. Mereka hanya berenang di sekitar kawasan dibenarkan sahaja,” ujarnya lagi.

Masyarakat Jepun fokus dengan apa dilakukan selain mereka sangat pembersih. Pengalaman beberapa hari di Okinawa telah mengubah pandangan Amy Mastura pada tahap penjagaan terumbu karang sementelah Amy Mastura dan suami adalah peminat aktiviti menyelam.

Selain menjaga kecantikan, Kose dan Amy Mastura berharap masyarakat di Malaysia turut menyertai kempen Save the Blue dan lebih mencintai lautan dan terumbu karang demi generasi akan datang.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad