• facebook
  • twitter

HOBI & SUKAN

EveryoneConnects Kini Satu Tahun!

0 Comments

by Li Ee Kee | 02 Dec 2010 | in GAYA HIDUP, HOBI & SUKAN,

Masih ingat lagi lagu “Through My Window”, nyanyian Bunkface, yang telah mencetuskan satu fenomena pada tahun lepas? Lagu tema kempen TMNet, Everyone Connects itu, berjaya mencipta sejarah sebagai nyanyian bersama terbesar negara pada 21 November 2009 di acara Everyone Connects Big Event yang berlangsung di Jalan Bukit Bintang.

Pejam celik, sudah setahun kempen tersebut dilancarkan. Sehubungan dengan itu, laman web bertemakan gaya hidup remaja, www.everyoneconnects.net, baru-baru ini telah meraikan ulangtahun pertamanya dengan wajah serta pengenalan ciri dan aplikasi baru.

Dikenali kini sebagai ‘The World of EveryoneConnects’, ia bukan sekadar sebuah laman web tetapi laman web interaktif. Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan adalah Stadium, Jamming Garage, Open House dan Sini Maa, mewakili pelbagai komuniti dan gaya hidup peminat EveryoneConnects.

Di ruangan Stadium, yang direka sebagai bilik persalinan atlit sukan, peminat boleh mengakses ‘kandungan luar gelanggang’ seperti berita, sorotan, temuramah dan klip-klip video khusus dari Manchester United TV (MUTV). Turut ditawarkan fungsi bilik sembang ('chat room').

Jamming Garage – seperti namanya, menampilkan reka bentuk sebuah studio muzik di garaj rumah – mengetengahkan konsep ‘Camp Bunkface’. Di sini, peminat boleh mendapatkan semua maklumat mengenai band yang dianggotai Sam, Youk dan Paan itu, termasuk mendengar lagu-lagu mereka, menonton sedutan video serta berkongsi info berkaitan muzik.

Sini Maa ialah halaman khusus untuk filem. Ia mengandungi sedutan-sedutan filem dan video yang boleh ditonton menerusi HyppTV (UniFi) dan Hypp.tv (saluran web), serta sebuah bilik sembang untuk peminat-peminat filem yang dinamakan Movie Buzz.

Buat para pelayar yang ingin berkomunikasi dan berkolaborasi sesama mereka, Open House membolehkan anda menghantar mesej dan ucapan, baik melalui video, e-kad atau di papan ucapan yang dipanggil Spread Some Love.

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai kempen EveryoneConnects TM, layari www.everyoneconnects.net, sementara ke www.tm.com.my untuk maklumat tentang TM.

  • Kongsi Artikel Ini
    • email
    • facebook
    • twitter
  • Rating
  • 0/5

0 Komen

    total: 0 | displaying: 0

You'll need to login to leave a comment

Not registered yet? It's easy and quick - Register now

Advertisement

Related Stories

Artikel Popular

AdNetwork
Advertisement