• facebook
  • twitter

HOBI & SUKAN

Feel Good Run 2011 Ceriakan Ulangtahun ntv7

0 Comments

by Nani | 29 Jan 2011 | in GAYA HIDUP, HOBI & SUKAN,

Saluran Ceria Anda, ntv7 bakal meraikan ulangtahunnya yang ke-13 pada Julai ini. Bersempena dengan ulangtahunnya, ntv7 berhasrat untuk berkongsi detik keriangan bersama penonton setianya menerusi larian amal, Feel Good Run 2011 yang akan diadakan pada hari Ahad, 3 Julai di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

 

“Kekal sihat adalah kunci keceriaan. Sebagai Saluran Ceria Anda, kami amat berbangga untuk menyambut ulangtahun ke-13 kami bersama orang ramai dengan menganjurkan Feel Good Run 2011 ini, iaitu sebuah larian amal yang lengkap dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga agar mereka kekal sihat dan cergas,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar ntv7.

 

“Selalunya dah banyak acara berbentuk hiburan, jadi kami mengambil pendekatan untuk mengadakan acara yang mempunyai elemen berbentuk amal. Kami nak buat satu acara yang memberi impak kepada komuniti. Malah, larian yang berfokuskan pada semangat kekitaan, kesihatan dan kebajikan menjadikan acara ini juga sesuai untuk penyertaan badan korporat.”

 

Apa yang menariknya, majlis pelancaran Feel Good Run 2011 yang berlangsung di Perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama, pagi tadi telah dirasmikan oleh tetamu kehormat, Y.B. Senator Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

 

“Terima kasih kepada ntv7 dan Media Prima Berhad atas usaha anda mengadakan aktiviti sebegini. Saya harap aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi untuk masa akan datang sekaligus menjadikan ia sebagai sebuah hari keluarga. Tahniah juga kepada ntv7 kerana telah sukses sepanjang 13 tahun penyiarannya,”kata YB Senator Gan Ping Sieu dalam ucapannya sebentar tadi.

 

Feel Good Run 2011 terdiri daripada larian amal yang terbahagi kepada empat kategori, karnival mini dan acara pentas. Kutipan daripada acara ini akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia, National Cancer Society, The National Autism Society of Malaysia, dan Malaysian Aids Foundation.

Acara ini yang akan dimeriahkan lagi dengan penyertaan para selebriti membolehkan orang ramai beramah mesra dengan personaliti terkemuka tanah air. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM25 seorang untuk setiap kategori dan RM10 untuk mereka yang berumur 12 tahun ke bawah. Antara kategori-kategorinya adalah:

 

1) Feel Good Run – 7 km, umur 13 tahun dan ke atas

2) Celebrity Run – 3 km, umur 13 tahun dan ke atas

3) Fun Costume Run – 3 km, umur 13 tahun dan ke atas

4) Kids Run – 700 m, umur 12 tahun dan ke bawah.

 

Penyertaan dari badan korporat juga dialu-alukan. Pendaftaran dibuka dari 19 Mac dan akan ditutup pada 3 Jun. Pendaftaran boleh dilakukan secara online di www.ntv7.com.my/feelgoodrun. Pendaftaran secara manual pula boleh dibuat di:

 

• Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur

• Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, No 51 Jln SS 18/6, 47500 Subang Jaya

 

Mereka yang berminat bolehlah mengajukan pertanyaan mereka kepada feelgoodrun@ntv7.com.my atau telefon 03-5637 3821 untuk keterangan lanjut.

 

Mereka yang mendaftar akan mendapat sebuah pek larian yang mengandungi cenderamata ekslusif ntv7 serta daripada penaja-penaja lain. Pek larian boleh didapati pada 1 dan 2 Julai di Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur, antara jam 10 pagi hingga 6 petang.

 

Namun, mereka yang ingin pek larian dikirimkan kepada mereka hanya perlu membayar yuran tambahan sebanyak RM10 sahaja. Sijil dan cenderahati akan diberikan kepada mereka yang berjaya melengkapkan larian tersebut.

 

Dengan pelbagai permainan menarik dan persembahan pentas, Feel Good Run 2011 pasti akan menghiburkan semua yang hadir. Rakan media yang sama-sama menjayakan acara ini ialah Fly FM, Hot FM, One FM, Berita Harian dan New Straits Times.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ntv7.com.my/feelgoodrun.

  • Kongsi Artikel Ini
    • email
    • facebook
    • twitter
  • Rating
  • 0/5

0 Komen

    total: 0 | displaying: 0

You'll need to login to leave a comment

Not registered yet? It's easy and quick - Register now

Advertisement

Artikel Popular

AdNetwork
Advertisement