Kerjasama yang bermula dengan penajaan Canon dalam rancangan kendaliannya, 'Welcome to the Rail World', yang telah disiarkan di 8TV pada Julai lepas, kini dilanjutkan apabila Henry Golding diumumkan sebagai wajah terbaru rangkaian kamera video dan kamera Canon di Malaysia.
Buat Henry, pelantikannya ini bagaikan satu mimpi menjadi realiti, memandangkan dia sememangnya seorang peminat fotografi.
Berkongsi pengalamannya menggunakan kamera Canon, Henry memberitahu walaupun kamera Canon kelihatan ringkas tetapi ia cukup berkuasa dan boleh disesuaikan penggunaannya dalam apa jua situasi. Tambahnya lagi, dia sudah mula bereksperimen dengan kamera video Canon dan pendek kata, dia berpuas hati dengan hasil rakamannya.
Kempen Canon bersama Henry akan dimulakan dengan iklan memaparkan kesemua rangkaian terkini Canon iaitu EOS, IXUS, PowerShot, Legria dan Selphy.




