• facebook
  • twitter

HOBI & SUKAN

Red Garage Anjur KL Bike Week

0 Comments

by Gua.com.my | 19 Dec 2011 | in GAYA HIDUP, HOBI & SUKAN,

Kuala Lumpur bakal bergema kembali dengan raungan motosikal berkuasa tinggi dan kecil menyusuri sepanjang jalanraya dan lebuhraya menuju ke Lanai Seni MATIC, Jalan Ampang sempena acara tahunan KUALA LUMPUR BIKE WEEK (KLBW).

Acara anjuran RED GARAGE Malaysia memilih tapak Lanai Seni, MATIC Jalan Ampang yang bersebelahan dengan Saloma Bistro sedikit sebanyak mempromosikan MATIC kepada pelancong penunggang motosikal dari negara jiran.

Dianggarkan kehadiran para penunggang seramai 3,000 penunggangg motosikal dari serata pelusuk tanah air yang menantikan saat yang gemilang ini untuk berlangsung seperti wilayah Timur, Utara serta Selatan, dan semuanya berkumpul untuk meraikan kehadiran masing-masing.

KLBW 2011 merupakan acara yang mengumpulkan ribuan pengguna, penggemar, peminat serta pengumpul motosikal berkuasa tinggi sekali gus memartabatkan bahawa penunggang motosikal berpersepsi kurang baik seperti mana yang dilabelkan oleh masyarakat sekeliling.

Menurut pengerusi program, Muhd Idi Iskandar Abu Zahar, beliau menegaskan bahawa ini merupakan acara untuk meraikan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan rendah disamping mengeratkan lagi silaturahim antara kelab-kelab motosikal tempatan, malah tema turut diketengahkan dengan slogan “LOVE RIDE NOT WAR”.

Beliau turut menambah bahawa dengan adanya acara sedemikian, penunggang tidak lagi ketandusan untuk mencari acara sedemikian di luar negara seperti Thailand, sekali gus menarik minat penunggang pelancong luar negara seperti Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia dan Australia juga.

Tidak lupa juga penglibatan para penaja seperti HARLEY DAVIDSON KUALA LUMPUR, INDIAN MOTORCYCLES, DUCATI MALAYSIA, NAZA WORLD OF BIKES, APRILLIA, VESPA, PIAGGIO, dan NAZA BIKES yang pasti akan memeriahkan lagi suasana kelak. Mereka turut akan mengadakan promosi khas untuk KLBW 2011.

Selain itu, pelbagai acara dan gerai jualan bakal disediakan seperti gerai jualan oleh para pengiat seni pembinaan motosikal, jualan baju-baju lama serta acara yang sentiasa yang dinantikan “sunset ride” atau konvoi waktu petang.

Turut bakal berada di cara tersebut merupakan gerai jualan produk RED GARAGE seperti pakaian, Majalah myCHOPPERZ, alat ganti motosikal berjenama seperti West Coast Choppers, Exile Cycles, Extreme Machine Wheels, Indian Larry Motorcycles dan banyak lagi.

Turut hadir Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan merangkap Exco Pemuda Umno bakal memeriahkan lagi suasana perasmian..

  • Kongsi Artikel Ini
    • email
    • facebook
    • twitter
  • Rating
  • 0/5

0 Komen

    total: 0 | displaying: 0

You'll need to login to leave a comment

Not registered yet? It's easy and quick - Register now

Advertisement

Artikel Popular

AdNetwork
Advertisement