Future Music Festival Asia

24 Jan 2012, 07:43pm   |   Li Ee Kee  |    Utama > GAYA HIDUP > KALENDAR >
Future Music Festival Asia
Kongsi Article Ini:

The Chemical Brothers (DJ set), Tinie Tempah, Chase & Status, The Wombats, Pendulum (DJ Set), Grandmaster Flash, Sneaky Sound System, Cosmic Gate dan Eddie Halliwell antara nama-nama terkenal yang bakal menghiburkan para peminat muzik pada 17 Mac ini di Litar Perlumbaan Sepang.



Mereka sebahagian daripada pemuzik yang diundang untuk menjayakan edisi pertama Future Music Festival Asia (FMFA), anjuran Livescape dan Future Entertainment. FMFA akan menjadi acara pembuka rasmi kepada minggu perlumbaan F1. Festival bermula pada pukul 2 petang selama 12 jam. Tiket sudah mula dijual pada 19 Januari pada harga RM98 melalui airasiaredtix.com



Artis-artis lain yang turut beraksi di salah satu daripada empat pentas FMFA ialah Shinichi Osawa (Jepun), Jalebee Cartel (India), Nikhil+Pearl (India), Pet Conspiracy (China), Electrico (Singapura), Inquisitive (Singapura), Agrikulture (Indonesia), Sandwich (Filipina), Good Night Electric (Indonesia), Project E.A.R (SEA) dan The Great Spy Experiment (Singapura). Dari Malaysia pula, Kyoto Protocol, Goldfish + Blink, Twilight Actiongirl, They Will Kill Us All, Mini Compo, Enterprise, Oh! Chentaku, Bud Culture, Terence C, Victor G, Fono, Bass Agents dan Phil K Lee + Ian Ross.



Future Music Festival dimulakan pada tahun 2006 dan sudah menjadi antara festival muzik musim panas Australia yang paling dinantikan para pencinta muzik di seluruh dunia. Antara barisan pemuzik yang pernah beraksi di Future Music Festival termasuk The Chemical Brothers, The Prodigy, David Guetta, Swedish House Mafia, New Order, Paul van Dyk, Steve Angello, Dizzee Rascal, Jessie J, Franz Ferdinand, N*E*R*D, MGMT, Ke$ha, Mark Ronson & The Business Intl dan Fatboy Slim.



Tahun ini, pihak penganjur Future Music Festival memutusan untuk melebarkan sayap mereka ke seluruh Asia. Layari www.futuremusicfestival.asia untuk maklumat lanjut.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad