My Acoustic Affair Pada 7 April Ini

29 Mar 2012, 12:17am   |     |    Utama > GAYA HIDUP > KALENDAR >
Kongsi Article Ini:

Bersiap sedia untuk persembahan konsert akustik ‘My Acoustic Affair', 7 April di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara bermula jam 6 petang.

‘My Acoustic Affair’ adalah satu platform untuk pemuzik tempatan terkenal mahupun pemuzik generasi baru yang ingin membawa bakat muzik mereka ke tahap seterusnya. Konsert ini menjanjikan persembahan akustik yang pasti akan membuat anda tidak senang duduk!

Persembahan untuk siri pertama mempersembahkan kumpulan melodi metalcore Massacre Conspiracy, penyanyi dan pencipta yang tidak asing lagi Liyana Fizi, kumpulan pop indie Couple dan memperkenalkan sensasi YouTube tempatan terbaru, Iamneeta serta kumpulan ‘soul'funk’ terbaru, Friday King Road.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kumpulan They Will Kill Us All tidak dapat meneruskan persembahan mereka pada kali ini. Sebaliknya kumpulan rock indie OJ Law akan melengkapkan barisan persembahan “My Acoustic Affair”.

Tiket konsert boleh didapati sekarang di mana-mana cawangan Rock Corner dan juga Auditorium Muzik Bentley pada hari acara pada harga RM40 untuk tiket “early' bird” (dilanjutkan sehingga 31 Mac) dan RM55 bagi harga tiket biasa.

Acara akan berlangsung pada 6.30 petang. Pastikan anda mengikut tema pakaian yang ditetapkan iaitu ‘smart casual'. Instagrammers digalakkan meletak hashtag #myacousticaffair pada hari konsert di gambar-gambar mereka! Untuk maklumat lanjut, layari www.myacousticaffair.weebly.com

Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad