Nuffnang Blogopolis
Kamu buka blog. Orang buka blog. Kandungannya lebih kurang saja. Tapi yang kamu hairan, kenapalah blog orang lain lagi popular dari blog kamu. Sebab nama blog kamu tak cukup 'power'? Rekaan blog 'kureng'?
Kalau dah berbulan-bulan kamu tidur tak lena memikirkan persoalan-persoalan ini, GUA ada penyelesaiannya. Nuffnang Blogopolis. 14 Julai di Hotel Concorde, Kuala Lumpur. Jam 8 pagi hingga 7 malam. 'Gerenti' semua pertanyaan anda akan terjawab. Kamu cuma perlu tanya saja. Jangan malu. Siapa malu, dia-lah yang rugi, kan.
18 blogger ternama Malaysia dan Singapura akan berkongsi rahsia kejayaan mereka di Blogopolis. Antaranya Nara (beautifulnara.com), Kenny Sia (kennysia.com), Vivy Yusof (proudduck.com), Maria Elena (peliks.blogspot.com), KY (kyspeaks.com), Ernest Ng (dontlikethatbro.blogspot.com), Sue Anna Joe (bududanbelacan.blogspot.com) dan Xiaxue (xiaxue.blogspot.com).

Sembilan 'master class' telah diaturkan bagi membolehkan para blogger amatur mahupun yang dah lama berkecimpung dalam dunia blogging tetapi dengan hasil yang kurang memuaskan untuk membantu anda memajukan lagi blog kamu.
Kelas 'Idea Sourcing and Content Generation', 'Finding Yourself' dan 'Building Your Brand' bertujuan membantu anda mengenali diri anda, penulisan anda dan mengetahui siapa pengikut blog anda.
'Blog Design 101' dan 'Blog Photography 101' membantu menyampaikan cerita anda melalui dunia seni dan fotografi. Sementara itu, 'SEO and Analytics for Dummies' dan 'Leveraging on Different Platforms' bertujuan memaksimakan pengetahuan anda tentang info statistik blog anda seperti maklumat demografik, topik hangat dan tips menjadikan blog anda lebih baik.
Untuk maklumat lanjut tentang Blogopolis serta cara menyertainya, layari http://blog.nuffnang.com.my/blogopolis2012/


