Persembahan Solo Akustik Dashboard Confessional

14 Jan 2012, 12:28am   |   Li Ee Kee  |    Utama > GAYA HIDUP > KALENDAR >
Persembahan Solo Akustik Dashboard Confessional
Kongsi Article Ini:

Seperti yang telah dijanjikan, Livescape membawakan kepada anda Persembahan Istimewa Showcase Rockaway menampilkan Dashboard Confessional yang dijadualkan pada 22 Februari 2012. Selepas pembatalan persembahan pertama mereka di Rockaway Festival 2011 pada bulan Oktober yang lepas.

Dashboard Confessional sebuah kumpulan rock indie yang mempunyai lima orang anggota dan sentiasa memberikan persembahan bertenaga di konsert-konsert mereka. Tahun lepas, vokalis mereka Chris Carrabba telah mengadakan beberapa siri konsert solo akustik di seluruh Amerika dan dunia.

                                   

Persembahan itu mendapat reaksi positif dari semua peminat dan juga pihak media. Sebuah akhbar di Amerika, The Boston Phoenix menulis, “Jika anda fikir persembahan Dashboard Confessional begitu “emo” sekali, tunggu anda melihat sendiri persembahan Chris Carrabba secara solo & secara akustik.

             

Maklumat persembahan:
Tarikh:
22 Februari 2012
Tempat: KL Live, Life Centre Kuala Lumpur
Masa: 8mlm (pintu di buka jam 7:30mlm)
Tiket: RM88 (harga promosi), RM118 (harga biasa) dan RM138 (harga di pintu)

*Pelajar akan mendapat diskaun 20% dari harga tiket biasa sehingga 22 Januari 2012. Mereka dikehendaki mempamerkan kad pengenalan pelajar yang sah apabila membeli tiket di kaunter atau secara online. Setiap pelajar terhad kepada satu tiket sahaja.

Tiket-tiket boleh didapati melalui www.airasiaredtix.com






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad