Rockawayfest Bersama SUM 41

13 Feb 2012, 02:40am   |     |    Utama > GAYA HIDUP > KALENDAR >
Kongsi Article Ini:

Kumpulan punk rock SUM 41 akhirnya akan menggegarkan Malaysia pada 14 April ini. Dibawakan oleh Livescape, showcase istimewa ini akan diadakan KL LIVE, Kuala Lumpur.

SUM 41 terpaksa membatalkan persembahan mereka di Rockaway Festival 2011 Kuala Lumpur disebabkan kecederaan belakang yang dialami vokalis mereka, Deryck Whibley pada salah satu persembahan mereka tahun lepas.

Kini, mereka menjanjikan persembahan yang luar biasa untuk peminat-peminat di Malaysia yang telah lama menunggu kedatangan sulung mereka.

"Kami amat berbesar hati kerana akhirnya SUM 41 akan ke Malaysia. Kami amat berdukacita apabila mereka terpaksa membatalkan persembahan mereka pada Rockaway Festival 2011. Apa yang telah saya diberitahu mereka telah menghangatkan lagi persembahan pentas mereka yang akan datang. Mereka juga akan menamatkan Screaming Bloody Murder World Tour mereka di Kuala Lumpurì kata Livescape Live Director of Events, Rahul Kukreja.

Sum 41 dianggotai oleh Deryck Whibley (vokal, gitar), Tom Thacker (gitar utama, vocal kedua), Jason McCaslin (gitar bass, vocal ketiga) dan Steve Jocz (dram). Bunkface dan One Buck Short sebagai persembahan pembuka tirai.

Tempat: KL LIVE, Kuala Lumpur
Tarikh: 14 April 2012
Masa: 7.30mlm
Harga Tiket: RM108 (terhad), RM138 harga biasa dan RM158 dipintu masuk, VIP RM238 (Makan & Minuman disediakan).

Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad