Ujibakat My School Rocks!
Ujibakat akan bermula pada 16 Jun sehingga 8 Julai di empat lokasi iaitu Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Dan tahun ini, pasukan yang mendapat sokongan paling hangat ketika sesi ujibakat akan menerima 'Anugerah Sekolah Paling Bersemangat'.
16 Jun: Ipoh, Perak (Dewan St John’s Ambulance)
23 Jun: Johor Bahru, Johor (Southern College)
1 Julai: Kota Kinabalu, Sabah (Persatuan Foo Chow)
7 - 8 Julai: Kuala Lumpur / Selangor (Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya)
Penyertaan My School Rocks! 2012 terbuka kepada semua pelajar sekolah kerajaan dan antarabangsa. Ia dibahagi kepada dua kategori: Kategori Sekolah Rendah untuk umur 7-12 dan Kategori Sekolah Menengah untuk umur 13-17.
Setiap pasukan terdiri daripada tiga hingga lapan ahli dan pada tahun ini, mereka akan menari diiringi lagu pilihan mereka dari 12 album Disney Channel yang berlainan. Ini termasuk lagu dari album terbaru 'Lemonade Mouth and Phineas and Ferb The Movie: Beyond the Second Dimension!'
Ujibakat diadili oleh pengadil selebriti Linda Jasmine dan Sazzy Falak serta juri awam, di mana selepas setiap uji bakat, video pasukan terbaik dari setiap kategori akan disiarkan di laman web dari 28 Julai sehingga 12 Ogos, dengan 50% dari jumlah markah setiap pasukan adalah dari undi juri awam. Sementara itu, baki 50% akan diadili oleh pengadil berdasarkan koregrafi, penghiburan, prop dan pakaian, kerja berpasukan dan sifat kesukanan dan konsep tarian.

Untuk membantu para pelajar memantapkan lagi rutin tarian dan koregrafi mereka, 50 sekolah pertama yang mendaftarkan dua pasukan diberi keistimewaan bengkel tarian peribadi untuk pasukan mereka. Semasa bengkel selama empat jam ini, pengajar dari Urban Groove Dance Network (UGDN) membantu memperkemaskan langkah yang telah dikoreografikan oleh pasukan terbabit dan memberi tip untuk meningkatkan dan memberikan persembahan terbaik semasa ujibakat.
Pemenang My School Rocks! 2012 (Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah) akan diumumkan pada 25 Ogos. Hadiah utama ialah penginapan 3 hari 2 malam di Disneyland, Hong Kong, piala dan sijil, sementara pasukan terbaik Sekolah Rendah dan Menengah bagi setiap negeri akan memenangi piala, sijil dan set peralatan muzik.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai My School Rocks! 2012 di www.disneychannel-asia.com/MSR, di mana anda juga boleg menyemak senarai lagu, persembahan pemenang tahun lepas dan tonton video muzik untuk mendapatkan inspirasi! Anda juga boleh mengikuti “@MSR2012Msia” di Twitter dan Instagram untuk berita terkini semasa perlangsungan uji bakat!


