Underoath Live In KL

22 Feb 2012, 11:54pm   |     |    Utama > GAYA HIDUP > KALENDAR >
Kongsi Article Ini:

Kumpulan metalcore Underoath akan beraksi di KL Live, Jalan Sultan Ismail pada 10 Mac depan. Konsert anjuran Jupiter Projects ini akan diadakan pada jam 5 petang.

Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Dallas Taylor dan Luke Morton, Underoath mengeluarkan album pertama mereka, 'Act of Depression' dua tahun selepas itu dan berjaya mencatat jualan sebanyak 2,000 album.

Enam album kemudian, Underoath kini diketuai vokalis Spencer Chamberlain. Album terbaru (bukan kompilasi) mereka dikeluarkan pada tahun 2010 dengan judul 'Ø (Disambiguation)'.

Jika anda belum mendapatkan tiket ke konsert mereka, anda masih boleh membelinya pada harga RM148 di kedai-kedai Rock Corner dan Victoria Music ataupun secara online di www.airasiaredtix.com. Jika dibeli pada hari konsert, harga tiket ditetapkan pada RM188.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.facebook.com/jupiterprojects atau www.underoath777.com

Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)