Wong Fu Productions Live In Malaysia
Syarikat penerbitan Wong Fu Productions (WFP) dikenali sebagai perintis berpengaruh dalam menggunakan pengedaran media baru dan mereka projek dengan mesej yang positif.
Diasaskan oleh Wesley Chan, Ted Fu and Philip Wang, mereka mula menghasilkan 'viral videos' sejak tahun 2003, sebelum kewujudan YouTube. Kini di tahun 2012, dengan mempraktikkan cara-cara baru untuk mengedarkan karya mereka, artis-artis inovatif ini berjaya mencipta nama di luar kaedah tradisional Hollywood.
Karya WFP telah ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa, termasuk Festival Filem Cannes. Mereka diiktiraf sebagai Top 30 Asia-Amerika paling berpengaruh di bawah usia 30 dan telah ditemuramah CNN atas kejayaan mereka yang menjadi sumber inspirasi buat warga Asia-Amerika yang lain.
Mereka yang kini mempunyai fanbase bukan saja di Amerika tetapi juga seluruh dunia, bekerja sepenuh masa mencipta kandungan online, mereka barangan sendiri dan bekerjasama dengan syarikat dan para artis, terbarunya penyanyi Wang Leehom.
Falsafah Wong Fu: “If at the end of the day there’s someone out there who has a better day because of us, then we’ve succeeded.”
Buat pertama kalinya, Wong Fu Productions akan berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah Asia Pasifik mereka. Antara aktiviti mereka ketika di ibu negara termasuk sesi Meet-and-Greet bersama peminat dan mengadakan mini simposium serta diskusi dengan media tempatan dan pelajar seni dan filem.
Tarikh: 4 Februari 2012
Lokasi: Taylor’s University Lakeside Campus
Sesi 1: Mini Simposium
Masa: 1 tgh hari - 3 ptg
Tiket: RM88
Ditujukan buat mereka yang baru berjinak dalam pembikinan filem, pelajar filem dan video serta peminat.
Sesi 2: Wong Fu For LYFE!
Masa: 7ptg - 9mlm
Hos: Jin (Hitz FM)
Persembahan: Once Upon a Time There Was a Sausage Named BOB, EleColdxHot (ECX) & FreeInsiX (F.I.X)
Tiket: RM150 (VIP terhad) / RM95 (kemasukan am), anda juga akan mendapat sekeping poster/postcard untuk sesi autograf
Wang Fu Productions akan memberi satu presentasi selain berkongsi projek terbaru mereka. Sesi Q&A akan diadakan untuk anda bertanyakan sebarang soalan sementara buat yang ingin mendapatkan autograf mereka, telah diaturkan Meet-and-Greet.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.facebook.com/Inzpire.ME
Acara ini dianjurkan oleh M.E Malaysia dengan sokongan gua.com.my (portal rasmi), Nuffnang (media sosial rasmi), Fullhouse Sunway Giza (restoran rasmi), Taylor’s University & Syopz Mall (lokasi rasmi), RUEMZ Hotel (hotel rasmi) and Filemmakers Anonymous (penyokong).


