388 Hidangan Enak Di Philea Resort & Spa

22 Aug 2010, 12:58am   |   Ashraf Abd Manaf  |    Utama > GAYA HIDUP > MAKAN >
388 Hidangan Enak Di Philea Resort & Spa
Kongsi Article Ini:

 

Di Philea Resort & Spa, para pengunjung dimanjakan dengan bufet Ramadhan yang menawarkan 388 jenis hidangan.

Jika hotel lain berbangga dengan hanya 100 jenis makanan yang dihidangkan untuk bufet Ramadhan mereka, di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka terdapat lebih 388 jenis hidangan disediakan khas untuk para pengunjung yang mahu berbuka puasa di sana.

Diketuai oleh tukang masak berpengalaman, Chef Azmi Desa, kesemua hidangan yang disediakan boleh dijamin kelazatannya. Antara hidangan yang selalu mendapat perhatian para pengunjung ialah Bukhara Lamb, Shawarma, Gearbox Soup, Pasembor, Mongolian Hot Plate serta pelbagai jenis makanan tradisi Melayu.

Tambah menarik, tempat makan yang disediakan iaitu di Oasis Square, merupakan ruang terbuka. Oleh itu, pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati keindahan malam serta kesegaran udara belantara di Philea Resort & Spa.

"Selain menikmati makanan yang dihidangkan, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan. Setiap malam persembahan berbeza akan ditampilkan.

"Jika ada syarikat korporat atau orang persendirian yang mahu mengadakan majlis berbuka puasa di sini, kami sangat mengalu-alukan. Malah kami boleh menyediakan kemudahan seperti mana yang mereka mahukan. Cuma tempahan perlu dibuat lebih awal supaya persediaan dapat dibuat dengan baik," ujar pengarah pemasaran dan komunikasi Philea Resort & Spa, Connie Chin.

Dengan caj yang dikenakan iaitu hanya RM68++ untuk orang dewasa serta RM35++ untuk golongan kanak-kanak, bufet Ramadhan di Philea Resort & Spa sememangnya sangat berbaloi untuk dikunjungi.

Tambah hebat jika anda datang berbuka puasa bersama ahli keluarga atau teman-teman rapat. Sambil menikmati makanan enak, anda boleh berbual dalam keadaan santai. Kemudahan surau juga disediakan untuk mereka yang mahu menunaikan solat.

Bagi mereka yang berminat, sebarang tempahan atau pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-2333399 atau emelkan kepadainfo@phileahotel.com.

 






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad