Ayam Panggang Citarasa Bali Di Kenny Rogers
Kenny’s Balinese Chicken dijamin menambat hati sesiapa yang mencubanya.
Selama ini restoran Kenny Rogers memang sinonim dengan menu ayam panggang yang lazat dan menyelerakan.
Kini sempena bulan Ramadhan, Kenny Rogers mengambil kesempatan memperkenalkan menu terbaru, Kenny's Balinese Chicken yang pastinya akan menambat selera seisi keluarga.
Menurut pengurus jenama Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd., Esther Woo, dengan harga cuma RM16.90, set Kenny's Balinese Chicken yang dihidangkan dengan muffin serta tiga hidangan sampingan lain sememangnya berbaloi untuk dinikmati.
"Kami yakin ianya akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan kerana rasanya yang unik serta mengenyangkan. Menu ini sememangnya dibuat khas sempena bulan Ramadhan sebagai tanda menghargai sokongan pelanggan terhadap Kenny Rogers.
"Jika menu ini diterima baik, tidak mustahil ianya akan dikekalkan buat selama-lamanya. Namun semuanya bergantung kepada respon pelanggan," katanya.
Tambahnya, bagi memastikan Kenny's Balinese Chicken benar-benar berjaya menepati citarasa pelanggan, Kenny Rogers telah membuat penyelidikan selama enam bulan untuk mencari resipi terbaik demi kepuasan para pelanggan setia mereka.
"Sebenarnya bukan mudah untuk mencari formula yang tepat bagi memenuhi citarasa pelanggan. Namun kami yakin dengan Kenny's Balinese Chicken kerana ianya mempunyai rasa yang manis, pedas dan masam serta sesuai untuk semua peringkat umur.
"Mungkin bagi golongan kanak-kanak ianya sedikit pedas, namun bagi mereka yang tahan pedas, sudah pasti hidangan ini merupakan antara hidangan paling lazat yang pernah mereka nikmati.
"Apatah lagi pada bulan Ramadhan, selepas seharian menahan lapar dan dahaga, waktu berbuka sudah tentu merupakan waktu yang paling istimewa. Tambah hebat apabila menu ini dinikmati bersama ahli keluarga atau teman-teman rapat," ujarnya ceria.
Ditanya mengapa Bali menjadi pilihan, Esther menjelaskan kesemua rempah ratus yang digunakan sebagai bahan perapan serta sos yang dihasilkan adalah rempah ratus yang diimport khas dari Indonesia. Katanya ini bagi memastikan kualiti Kenny's Balinese Chicken yang dihasilkan sentiasa segar dan asli.
"Kami jamin kesemua hidangan di Kenny Rogers segar-segar belaka. Ini kerana ayam, rempah ratus serta herba yang digunakan sememangnya dijaga kualitinya.
"Ayam yang telah diperap dengan pelbagai rempah rahsia akan dipanggang selama satu jam lima belas minit sebelum ianya dihidangkan bersama sos istimewa. Bagi mereka yang merasai menu ini, akan terasa diri mereka seperti berada di Indonesia kerana rasa aslinya," katanya.
Untuk keterangan lanjut, pelanggan boleh menghubungi 03-2119 9888 atau melayari laman web Kenny Rogers www.krr.com.my.


