Juadah Enak Di Red Box Ria
Selain juadah yang menarik, Red Box Ria juga menawarkan promosi pakej berkumpulan yang cukup berbaloi.
Sempena kedatangan Ramadhan, pusat karaoke Red Box Ria di KL Sogo tidak ketinggalan menyajikan hidangan istimewa berbuka puasa hanya pada RM35++ seorang.
Nikmati pelbagai hidangan Melayu tradisional seperti Udang Sambal Petai, Ketam Percik, Kepak Ayam Goreng Berempah, Ayam Panggang Santan Berlada, Kerang Rebus, Sotong Goreng Tepung, Lala Goreng Pedas, Udang Lemak Cili Padi, Daging Gulai Kawah, Kailan Ikan Masin, Sate Ayam, Sate Daging dengan kuah kacang, Kupang Tiga Rasa, Tempoyak Ikan Senangin, Ayam Kelio, Daging Gulung Sambal Kelapa dan Salmon Gulung Asparagus.
Juga tersedia masakan Barat, antaranya ‘Lamb Rack Shoulder with mint sauce’ dan ‘Beef Escalope’. Sajian pembuka selera termasuk keropok, bergedil, ‘mixed grill salad’, sup ayam dan rojak sayur dengan sotong rendam kuah kacang.
Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut seperti air batu campur, ‘sweet milk honeydew’, dan beraneka jenis kuih-muih tradisional Melayu yang menjadi kemestian ketika berbuka puasa.
Semua hidangan lazat ini disediakan secara bersama oleh barisan chef di Red Box dan Sous Chef, Faizul Hazly daripada Unilever Food Solutions dengan menggunakan bahan masakan asas dari pengeluar tersebut.
Selain pelbagai juadah tradisional dan Barat, pengunjung boleh menikmati hidangan air panas dan sejuk tanpa had. Penggunaan bilik khas untuk pengunjung selama empat jam pasti menjadikan waktu berbuka puasa anda lebih selesa. Kemudahan surau terdapat di tingkat bawah bangunan Sogo untuk memudahkan anda menunaikan solat.
Memenuhi permintaan pengunjung yang suka datang secara berkumpulan, Red Box Ria tampil dengan promosi pakej berkumpulan menarik. Harga pakej dilengkapkan dengan tambahan pengunjung secara percuma. Harga untuk 5+1 dikenakan hanya RM208++, iaitu dengan pembelian pakej lima orang, Red Box Ria menawarkan percuma lagi untuk seorang. Harga pakej untuk 10+2 hanya pada RM408++ sementara pakej untuk 15+3 pada RM608++.
Sebagai penghargaan, pelbagai keistimewaan diberikan kepada mereka yang menempah pakej keluarga, di mana mereka boleh memilih minuman istimewa selain yang terhidang di kaunter minuman. Antaranya, air tembikai, laici cincau, sirap bandung, rumpai laut susu dengan cincau dan oren asam boi.
Menariknya tahun ini, turut diadakan pertandingan untuk memenangi hamper produk Unilever bernilai RM3,000 dan sampul raya percuma. Promosi ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula jam 6.30 petang sehingga 10 malam.
Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Red Box Ria di talian 03-26947788 atau layari www.redbox.com.my


