Noraini’s Cookies Pilihan Menyihatkan

22 Aug 2011, 01:34pm   |   Muzaffar Mustapa  |    Utama > GAYA HIDUP > MAKAN >
Noraini’s Cookies Pilihan Menyihatkan
Kongsi Article Ini:

Selain menyediakan hidangan popular sepanjang zaman seperti ketupat, lemang, rendang dan nasi impit, biskut raya juga adalah salah satu menu yang mesti ada setiap kali menyambut Hari Raya. Seiring dengan peredaran zaman, tidak ramai lagi yang memilih untuk membuat biskut raya dengan sendiri. Bukan tidak mahu mencuba, tetapi kekangan waktu memaksa ramai  untuk membeli sahaja. Kuih tunjuk, itu gelaran yang diberikan.

 

Jika dihitung sudah berapa jenis biskut raya yang sudah tersusun di kabinet dapur anda? Kalau masih belum ada, apa kata anda dapatkan koleksi biskut raya daripada Noraini’s Cookies.

 

Jenama yang dikenali ramai ini menyediakan 32 jenis biskut raya untuk sambutan Aidilfitri kali ini. Antaranya ialah Semperit, Cip Coklat, Rocky Ball, Royal Chocolate, Rainbow Ring, Tat Nenas, Tat Beri Biru, Cornflake, dan Seteguh Kasih.

 

Satu keistimewaan koleksi biskut jenama ini ialah ia kurang gula dan diperkaya dengan fiber. Menurut Pengarah Urusan Noraini’s Group of Companies, Noraini Ahmad, setiap resipi biskut raya yang diciptanya tidak menggunakan kuantiti gula berlebihan. Selain itu, dia juga memastikan setiap biskut mengandungi 10 peratus kandungan fiber.

 

“Sebagai pengusaha produk makanan, saya tidak mahu menghasilkan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Sebab itu semua jenis biskut raya ciptaan saya kurang gula dan mengandungi fiber. Memang ada pelanggan yang merungut biskut raya saya kurang manis, tetapi saya tetap dengan pendirian. Saya tidak mahu pentingkan keuntungan semata-mata. Biarlah biskut raya itu boleh dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

 

Sempena musim perayaan kali ini, Noraini’s Cookies juga muncul dengan jenama terbaru, Hana Hani yang memfokuskan kepada biskut yang sesuai untuk kanak-kanak. Produk di bawah jenama Hana Hani ini masih kurang gula dan mengandungi serat, tetapi ditambah dengan satu lagi bahan berkhasiat iaitu susu,” ulas Noraini.

 

Biskut raya Noraini Cookies boleh didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka di seluruh negara pada harga berpatutan iaitu di antara RM15.00 hingga RM15.00. Ia juga boleh dibeli di stokis-stokis yang terdapat di seluruh negara.

 

Selain menyediakan biskut raya, Noraini’s Cookies juga menawarkan pelbagai pilihan Kek Kukus dan Kek Lapis kepada pelanggan yang berminat. Bagaimanapun, pesanan harus dibuat melalui pihak stokis. Terdapat lima perisa Kek Lapis untuk pilihan iaitu perisa tembikai, prune, asam, rempah dan tembikai susu. Harga kek bermula daripada RM10.00 setiap satu.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad