Robot Sushi Perkenalkan 'Sushi Rolls' Selebriti
Selepas kejayaan mereka di Sunway Pyramid (dibuka September lalu), Robot Sushi mengambil langkah yakin dengan membuka cawangan kedua mereka di 1 Utama, dalam tempoh masa hanya tiga bulan.
Jika ditanya apa keistimewaan Robot Sushi (perkataan 'robot' bertujuan mengambarkan transformasi makanan Jepun kepada sesuatu yang moden dan futuristik) berbanding pesaing-pesaingnya, ia adalah pada harganya yang cukup berpatutan serta menunya yang menawarkan pelbagai pilihan.
Terdapat lebih daripada 30 jenis set sushi dan 'sushi rolls' seperti 'Eelectric', 'Cosmo Rolls', 'Avatar', 'Yakitori Black Pepper Chicken' dan 'Saba Shioyaki' (ikan makerel panggang yang dicecah dengan sos teriyaki), serta beraneka pilihan minuman termasuk sake terbaik Jepun.
![]() |
Sempena dengan pembukaan cawangan terbaru mereka, Robot Sushi bakal memperkenalkan tiga 'sushi roll' khas dalam menu mereka bermula 25 Disember sehingga 25 January depan.
'Sushi rolls' istimewa ini direka khas oleh chef kreatif Robot Sushi dengan koloborasi empat selebriti terkenal tanahair iaitu Amber Chia, Chelsia Ng dan pasangan suami isteri romantik, Sazzy Falak dan Nazril Idrus.
![]() |
Kerana kegilaannya pada beg, Amber yang mempunyai lebih daripada 100 beg dalam koleksi, menamakan 'sushi roll'-nya, Amber Bag Roll yang mengandungi ‘unagi’ (ikan belut).
Chelsia pula mengambil ilham dari cinta pertamanya, muzik, dan menamakan 'sushi roll'-nya, C Sharp. C Sharp terdiri daripada 'soft shell crab' dan 'asparagus'.
![]() |
Sazzy dan Nazril meminjam nama dari rancangan realiti 'Sehati Berdansa' dan menamakan 'sushi roll' mereka, Sehati Berdansing. Kebetulannya, ia juga nama buku mereka yang bakal dilancarkan pada Mac 2011.
![]() |
Robot Sushi menampilkan tawaran hebat setiap hari buat pengunjung, termasuk Crew Night Mondays, Ladies Night Wednesdays, College Nite Thursdays dan Guys Night Out Fridays. Pada hari Selasa, pengunjung boleh menikmati diskaun 50% untuk semua 'sushi rolls' sementara anak-anak kecil makan secara percuma pada hari Sabtu.
Robot Sushi 1 Utama terletak di G342, Ground Floor, New Wing, 1 Utama, dan mereka dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi, tawaran hebat dan aktiviti terbaru Robot Sushi, layari robotsushi.com.






