Tony Roma’s Buka Cawangan Baru

28 Dec 2010, 12:32pm   |   Nani  |    Utama > GAYA HIDUP > MAKAN >
Tony Roma’s Buka Cawangan Baru
Kongsi Article Ini:

Restoran yang menyajikan hidangan rusuk terkemuka dunia, Tony Roma’s baru-baru ini telah membuka cawangan kelimanya di Malaysia. Direka khas dengan gabungan hiasan kayu serta pencahayaan menarik dan selesa, ia amat sesuai bagi memikat selera pengunjung yang datang.

 

Dengan kapasiti sebanyak 250 orang, restoran bercirikan keriangan ini juga merupakan yang pertama seumpamanya dilengkapi dengan ‘island bar’ yang terletak di luar restoran. Restoran baru ini turut direka dengan konsep luaran yang memperlihatkan arus air buatan manusia, sesuai dengan motif ketenangan yang ingin diketengahkan dalam kesibukan bandar.

 

Kehangatan majlis pembukaan rasmi restoran Tony Roma’s yang kelima di Jalan Yap Kwan Seng ini benar-benar dapat dirasai dengan kehadiran ‘Tony’ dari segala pelusuk negara yang mengenakan baju T tertulis “Saya Tony” sekaligus memeriahkan lagi suasana majlis itu.

 

Majlis ala Hollywood ini yang diacarakan oleh selebriti tempatan Azura Zainal, dilengkapi dengan dinding glamor dan gemerlipan lampu pelbagai warna serta diiringi muzik rancak sesuai dengan tema meraikan para Tony Malaysia. Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah selebriti tempatan, Chelsia Ng.

 

Menurut Mr. George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang juga merupakan salah seorang pengasas Grandpolitan Sdn Bhd, Tony Roma’s telah mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia semenjak penubuhan restoran pertamanya pada tahun 2006.

 

“Pembukaan restoran yang kelima ini adalah satu kejayaan cemerlang bagi kami dalam tempoh empat tahun. Majlis “Tony’s Day Party”, yang seiring dengan pembukaan ini bertujuan untuk meraikan kejayaan kami selama ini.”

 

Para tetamu pada malam itu telah dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan ternama Tony Roma’s, minuman tanpa had, acara cabutan bertuah serta pertandingan di antara Tony yang hadir.

 

Kempen perayaan “Tony’s Day” telah berlangsung selama sebulan di mana pihak Tony Roma’s telah mengajak semua rakyat Malaysia yang bernama atau bergelar Tony untuk tampil berpeluang memenangi hadiah bekalan makanan Tony Roma’s seumur hidup dan digelar ‘Tony of Tony’s’.

 

Juara Tony pada malam itu, Ruby Shamsudin yang juga dikenali sebagai Ruby Tony berjaya memenangi bekalan makanan Tony Roma’s Seumur Hidup dengan mengalahkan kesemua pencabarnya dalam pertandingan tersebut.

 

“Sungguh pun ramai yang mendaftarkan diri untuk sama-sama memeriahkan majlis ini, hanya 20 yang disenarai pendekkan dapat bersama-sama kami pada malam ini,” kata Mr. Ryan Poh, Penolong Pengurus Jualan Tony Roma’s Malaysia.

 

Menurut Mr. Ted Leovich, Timbalan President, Bahagian Franchais Romacorp Inc, beliau amat gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap Tony Roma’s.

 

“Kerjasama dengan Grandpolitan Sdn Bhd, merupakan suatu usahasama yang sangat berfaedah bagi kami semua. Kesungguhan dan komitmen yang diberikan Grandpolitan dalam membangunkan jenama Tony Roma’s di Malaysia amat tinggi. Mereka telah berjaya membuktikan bahawa dengan usaha gigih serta dedikasi yang tinggi, apa saja boleh dicapai.

 

“Saya amat berpuas hati dengan usaha tekad mereka dalam memastikan tahap kualiti sentiasa terpelihara sebelum mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia. Sungguh pun begitu, Grandpolitan masih berupaya menjangkaui jangkaan dan harapan kami. Sikap inilah yang membantu mereka merangkul gelaran Pembangun Francais bagi tahun 2008.”

 

Beliau turut mengatakan bahawa majlis “Tony’s Day” ini adalah salah satu cara terbaik untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia selama ini. Tony Roma’s kini boleh didapati di 34 buah negara dengan lebih 200 restoran di enam benua, menjadikan Tony Roma’s antara rangkaian restoran kasual terbesar dalam kategori hidangan rusuk terkemuka dunia.

 

Hubungi Tony Roma’s (Sunway Pyramid, 03-7492 1188); (e@Curve, 03-7728 7833); (Pavilion KL, 03-2143 3278); (The Gardens, 03-2282 8243); dan (Jalan Yap Kwan Seng 03- 21610200) untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh menjadi peminat Tony Roma’s dan dapatkan perkembangan terkini di laman twitter www.twitter.com/trmalaysia atau laman Facebook www.facebook.com/TRMALAYSIA.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad