Ujibakat Pemuzik MPO Diboikot International Federation of Musicians

1 Aug 2012, 03:12am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Kredit Foto : Konsert Sheila Majid bersama MPO di DFP

Badan induk pemuzik antarabangsa, International Federation of Musicians (FIM) telah mengeluarkan satu kenyataan bagi memboikot sesi ujibakat yang akan diadakan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di New York pada bulan Oktober 2012.

Antara sebab utama pemboikotan tersebut dikatakan disebabkan oleh notis pemberhentian tanpa sebab yang telah diserahkan kepada 9 pemuzik utama dalam MPO oleh MPO.

Sembilan pemuzik tersebut telah bekerja 5 hingga 14 tahun dan hampir kesemua pemuzik tersebut mempunyai keluarga dan memiliki anak yang masih kecil. Antara yang dipecat termasuk Concertmaster, Co-Concertmaster, Pemuzik Violin, Pemuzik Timpani Utama, Pemuzik Trombon Utama, Pemain Piano Utama dan Pemuzik Seksyen Viola.

Ketujuh-tujuh pemuzik ini telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Perusahaan Malaysia di Kuala Lumpur. Fail turut dihantar kepada Menteri Sumber Manusia untuk semakan dan rujukan untuk kes mahkamah.

Badan induk antarabangsa pemuzik (FIM) itu menyarankan agar pemuzik di seluruh dunia membalas email ujibakat tersebut dengan menyatakan “Sebab Saya Tidak Akan Menghadiri Ujibakat Anda” bagi memberitahu dunia apa yang sedang berlaku di Malaysia.

Sumber : http://www.fim-musicians.org/post/boycott-mpo-auditions

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad