Corat-Coret AJL26 - Anas Amdan Hilang Kamera & Komputer Riba

30 Jan 2012, 02:43pm   |   Miss Ayu, Nani & Dhiya  |    Utama > BERITA ARTIS >
Corat-Coret AJL26 - Anas Amdan Hilang Kamera & Komputer Riba
Kongsi Article Ini:

Bukan semua perkara dapat ditonton di kaca televisyen mahupun di Stadium Bukit Jalil ketika Anugerah Juara Lagu ke 26 berlangsung pada malam tadi. Berikut GUA senaraikan beberapa corat-coret yang dirasakan menarik untuk dikongsi bersama.

1) Kehadiran penonton di AJL26 sangat  memberangsangkan. Walaupun ada yang tidak mendapat tiket, tetapi mereka tetap hadir untuk mencuba nasib. Malangnya, mereka tetap tidak dibenarkan masuk kerana memang tiada ruang kosong. Ketegasan ini bukan sahaja dikenakan kepada penonton awam, tetapi pihak media juga mendapat layanan sama. Tiada tiket, tiada tempat. Tiada kompromi!

2) Laluan masuk artis dan penonton ke tempat duduk arena agak kelam-kabut. Sebilangan artis yang sampai agak lewat dilihat tidak mendapat tempat duduk yang sepatutnya sehingga terpaksa bertanya berkali-kali kepada penonton lain untuk mencari kerusi kosong.

3) Shila Amzah hadir ke acara Karpet Biru berpimpinan tangan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Kini, pasangan ini lebih terbuka dengan hubungan mereka.

4) Sebelum acara bermula, semua penonton di Stadium Bukit Jalil diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

5) Ketika iklan komersial disiarkan, penonton di stadium dihiburkan dengan visual pemenang Tiru Gaya Artis dari tempat kelima hingga juara.

6) Team produksi untuk persembahan Aizat dikhabarkan membuka 'kedai mamak' sendiri di bilik persalinan Aizat apabila membawa televisyen untuk menonton aksi Liverpool menentang MU kelmarin. Walaupun komited dengan persembahan AJL 26, team Kasi Gegar Entertainment tetap meluangkan masa menyokong pasukan kegemaran mereka!

7) Abang Aizat, Anas kehilangan kamera dan komputer riba. GUA difahamkan alatan itu ditinggalkan di dalam bilik persalinan ketika mereka membuat persembahan. Sayang juga hasil kerja Anas selama ini hilang begitu saja, GUA dengar ini termasuk lagu-lagu untuk filem Istanbul Aku Datang.

8) Ning Baizura tidak mahu menghampakan peminat2 beliau di Twitter. Beliau sanggup mencari sambungan WIFI demi melayan peminatnya di laman sosial berkenaan! Walaupun sibuk dengan komitmen kerja, Ning tetap ingin berkomunikasi bersama peminat setianya!

9) Visual wanita-wanita yang ditampilkan ketika Projek Pistol membuat persembahan terdiri daripada warga kerja Media Prima yang bertugas di pelbagai jabatan.

10) Kerana masalah teknikal, pemain piano ketika persembahan Jac hanya pura-pura beraksi. Alunan piano yang sebenar dimainkan oleh orkestra yang dipimpin oleh Ramli MS.

11) Ramai yang memuji pakaian Alyah sewaktu mendendangkan lagu Kisah Hati. Baju rekaan Hatta Dolmat ini di ambil inspirasi dari konsep 'fairytale' dan perbincangan bersama dilakukan dari semasa ke semasa bagi menghasilkan rekaan sebegitu cantik! Ternyata idea kreatif Hatta dan usaha Alyah berbaloi!

12) Kemunculan Remy Ishak di samping Alyah mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton. Malah, ramai yang memberi ‘standing ovation’ sebaik persembahan Alyah berakhir. Pertaruhan Alyah berbaloi kerana dia menang Persembahan Terbaik!

13) Ketika sidang media, Faizal Tahir memberitahu dia sebenarnya mahu membakar dirinya, bukan piano. Namun, hasratnya itu dihalang oleh pihak produksi yang bimbang dengan keselamatannya.

14) Jacyln kelihatan menahan sakit ketika melangkah masuk ke bilik sidang media. Rupa-rupa kaknyai sakit kerana terpaksa memakai kasut bertumit tinggi dalam tempoh yang lama.

15) Hafiz tampil berkaki ayam di sidang media, sama seperti penampilannya di atas pentas.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad