Adam Lambert Ke KL 14 Oktober Ini

1 Sep 2010, 01:34pm   |   Li Ee Kee  |    Utama > HIBURAN > BERITA ARTIS >
Adam Lambert Ke KL 14 Oktober Ini
Kongsi Article Ini:

 

Naib juara American Idol musim ke-8, Adam Lambert disahkan akan beraksi di ibu negara pada 14 Oktober depan sebagai sebahagian daripada jelajah dunia Glam Nation-nya.

Anjuran bersama Marctensia dan Sony Music, 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' menjanjikan satu persembahan audio dan visual yang luar biasa.

Di dalam kenyataan akhbarnya, Adam dipetik berkata, "Saya berharap penonton akan dapat 'melepaskan diri' untuk beberapa jam dan terjerumus ke dalam dunia yang penuh 'glam', drama dan keseronokan.

"Saya yakin persembahan yang bakal dipentaskan bernilai lebih daripada harga tiket. Saya tak sabar untuk bertemu para peminat."

Jelajah Asia Lambert hanya akan melihatnya beraksi di Kuala Lumpur, Hong Kong dan Manila sebelum dia meneruskan jelajahnya ke Australia dan New Zealand.

Info mengenai lokasi konsert dan harga tiket akan diumumkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-20921199 atau layari www.marctensia.com dan http://www.facebook.com/event.php?eid=150699958282282&index=1