Hanya di GUA, Premier "Kisah Hati" Alyah

22 Apr 2011, 10:00am   |   Li Ee Kee  |    Utama > HIBURAN > BERITA ARTIS >
Hanya di GUA, Premier
Kongsi Article Ini:

Sukar untuk menyangkal betapa pentingnya klip video dalam mempromosikan sebuah lagu. Malah majoriti kebiasaannya terdorong membeli album atau memuat turun lagu kerana terpengaruh dengan visual sebuah lagu.


Ternyata Alyah antara yang memahami kepentingan sebuah klip video, lebih-lebih lagi sebuah klip yang dihasilkan dengan baik. Hinggakan pelantun lagu "Tak Mungkin Kerana Sayang" itu khabarnya sanggup mengeluarkan lebih daripada RM20,000 dari simpanannya untuk pembikinan klip video single terbarunya, "Kisah Hati".

Penggambaran diadakan di sekitar Tasoh Lake Resort dan jalan raya lenggang Ladang Tebu Chuping di Perlis selama tiga hari pada awal bulan lalu. Tiga pasang pakaiannya yang digayakan sepanjang klip video ditaja Amir Luqman dan Rizman Ruzaini.

Arahan Ghaz Abu Bakar yang juga bertanggungjawab mengarahkan klip "Kau Bisu" Alyah, lagu ciptaan 6ixth Sense ini turut menampilkan pelakon lelaki popular, Remy Ishak di dalam klip video itu.

Remy ketika ditemuramah para media sebelum ini pernah memberitahu dia tidak berfikir dua kali untuk menerima projek tersebut kerana kebetulan ada masa lapang dan teringin mencuba sesuatu yang baru. Ditambah pula dia tersentuh dengan lirik dan melodi lagu. Selain itu, Remy sendiri mengakui meminati Alyah.

Selain Malaysia, klip video "Kisah Hati" akan juga diedarkan ke negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

Di sini, khas buat pembaca GUA dan peminat Alyah, GUA premierkan klip video "Kisah Hati". Enjoy!