Jom Balik Raya Bersama Suria FM
Sedar tak sedar, kurang seminggu saja lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita dan bulan Syawal pula menjelma.
Sesungguhnya kemeriahan bulan Ramadhan masih terasa dengan jemputan majlis berbuka puasa di sana sini. Baru-baru ini, stesen radio Suria FM juga tidak ketinggalan mengadakan majlis berbuka puasa di Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur.
Majlis istimewa ini diadakan bagi meraikan semua kakitangan Suria FM, para media, pengiklan, tetamu korporat serta artis-artis yang banyak membantu dan menyokong Suria FM selama ini.
Suria FM juga tidak terlepas dalam menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat yang memerlukan dengan meraikan seramai 45 anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Siraman Kasih.

Beramah mesra bersama anak yatim dan miskin
“Kami di Suria FM amat bersyukur kerana berpeluang untuk berbuka puasa bersama semua yang hadir pada majlis ini.
“Semoga majlis ini memberi keberkatan dan sama-samalah kita berdoa agar Ramadhan dan Aidilfitri yang akan datang ini dapat disambut dengan penuh berkat,”kata Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Azrullah Mohd Nor.
Tiket bas percuma
Pada awal Ramadhan lalu, Suria FM buat julung-julung kalinya telah melancarkan album raya berjudul ‘Ceria Raya’. Apa yang istimewanya. album ini mempunyai dua lagu baru nyanyian kesemua penyampai Suria FM.
Sepanjang bulan Ramadhan ini juga, Suria FM dengan kerjasama Tropicana Twister telah membuka gerai ‘Juz Jumbo Suria FM’ di bazar Ramadhan pada setiap hujung minggu di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia.
Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung menaiki bas secara percuma, Suria FM dengan kerjasama Ambi Pur, Syahirah dan Minyak Saji telah mengadakan peraduan ‘Jom Balik Raya’ kepada semua pendengar setianya.
Pendengar hanya perlu mendaftarkan diri di www.suriafm.com.my dan mereka yang terpilih akan berpeluang untuk pulang ke kampung secara percuma selain mendapat duit raya dan barangan istimewa dari pihak penaja.
Duit Raya Untuk Pendengar Bertuah
Selain tiket bas percuma, Suria FM dengan bermurah hati akan memberi telefon berteknologi tinggi, Blueberry CSL kepada pendengar setianya.
Apa yang mereka perlu lakukan hanya dengan menyertai kempen ‘Telefon Ramadhan CSL’ yang akan ke udara di Breakfast @ Suria bersama Halim Othman dan Zizi.
Halim dan Zizi juga akan memberikan duit raya berjumlah RM 300 kepada sesiapa yang menjawab dengan tepat soalan berkaitan tip dekorasi bersama Ambi Pur.
Bukan itu saja, penyampai-penyampai Breakfast @ Suria akan memberikan anda cara untuk memenangi RM 5000 di penghujung Ramadhan nanti.
Dalam pada masa yang sama, Suria FM juga turut memberi mesej kepada orang ramai agar berhati-hati ketika memandu untuk pulang berhari raya dan sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik.

Duit Raya untuk anak yatim dan miskin



