Paramore Serbu KL 19 Oktober Ini

2 Sep 2010, 12:00am   |   Li Ee Kee  |    Utama > HIBURAN > BERITA ARTIS >
Paramore Serbu KL 19 Oktober Ini
Kongsi Article Ini:

 

Ini peluang untuk mendengar secara 'live' lagu-lagu hit mereka seperti "Misery Business", "Hallelujah", "Crushcrushcrush", "That's What You Get", "Ignorance" dan "The Only Exception".

Buat peminat Hayley Williams, Josh Farro, Jeremy Davis, Zac Farro dan Taylor York, yang secara kolektifnya dikenali sebagai Paramore, tarikh 19 Oktober 2010 bakal melakar kenangan manis.

Apa tidaknya. Kumpulan rock dari Franklin, Tennessee, Amerika Syarikat ini akan beraksi untuk satu malam sahaja di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.30 malam. Ini bukan satu mimpi tetapi realiti yang berjaya direalisasikan oleh Tune Talk.

Tiket berharga RM358, RM268, RM168 dan RM98. Mereka yang membeli tiket di antara 1 hingga 15 September akan menikmati diskaun 10% atas kesemua tiket yang dibeli.

Tiket boleh dibeli secara online dari AirAsia RedTix (www.airasiaredtix.com) dan TicketPro (www.ticketpro.com.my), serta di rangkaian kedai Rock Corner and TicketPro.

Untuk maklumat lanjut, layari www.rockthisjoint.com.my.