Raja Azmi Masuk Lokap
Nasib malang yang menimpa Raja Azmi tiada penghujungnya.
Tidak disangka apabila melangkah masuk ke Balai Polis Ampang petang semalam, ditemani jaguh badminton negara, Roslin Hashim dan seorang kenalan, dirinya pula yang terjerat apabila ditahan berhubung satu waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya.
Tujuan penerbit filem '...Dalam Botol', Raja Azmi ke balai polis untuk membuat laporan mendakwa isteri Roslin, Norhayati Othman, atas keterangannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kelmarin yang mendakwa Roslin dan dirinya berkhalwat di sebuah bilik hotel.
Menurut laporan Harian Metro - Raja Azmi tidur lokap - waran dikeluarkan kerana kegagalan Raja Azmi menghadiri prosiding di mahkamah pada 21 Julai lalu berkaitan kes bankrap bersama suaminya, Jalani Sidek.



