DJ Lin Takkan Tinggalkan Suria FM

31 Mar 2011, 11:38am   |   Miss Ayu  |    Utama > HIBURAN > TEMUBUAL >
DJ Lin Takkan Tinggalkan Suria FM
Kongsi Article Ini:

Kemenangan berganda di Anugerah Seri Angkasa 2011 pada Februari lalu tidak menjadikan Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin mudah lupa diri. Sebaliknya pemegang trofi DJ Radio Terbaik dan Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik ini bersyukur kerana mendapat sokongan yang tidak berbelah-bagi daripada peminat dan pihak pengurusannya, Suria FM.

 

Jelas DJ Lin kemenangan yang diperolehinya itu bukanlah tiket untuk dia bermegah-megah atau membangga diri, tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang harus digalas sebaik mungkin.

 

“Saya rasa sangat bersyukur dengan kemenangan tersebut. Ia adalah kejayaan untuk semua. Bukan saya seorang. Bagi saya, sokongan peminat banyak membantu sehingga saya berada di tahap ini.

 

Jika peminat tidak mendengar segmen Suria Cinta, pasti kemenangan tidak diperolehi,” ujar DJ Lin yang ditemui ketika Majlis Apresiasi Suria Cinta yang diadakan di Carlos Food Heaven, Kenanga International baru-baru ini.

 

Dalam masa yang sama, DJ Lin juga memberitahu dia sebenarnya sangat selesa bersama Suria FM.

 

“Walaupun stesen radio ini masih belum sehebat stesen-stesen radio lain, tetapi pendengar kami semakin meningkat setiap hari. Saya percaya kerjaya saya di sini amat cerah. Sekiranya ada stesen radio lain membuat tawaran dalam masa terdekat ini, rasanya saya masih belum bersedia untuk tinggalkan Suria FM.

 

Saya sangat seronok bekerja di Suria FM kerana saya diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengendalikan segmen ‘Suria Cinta’. Dengan itu, saya mendapat lebih banyak kepuasan. Kreativiti saya tidak tersekat,” ulas DJ Lin lagi.

 

Ditanya adakah dia akan membuat sebarang perubahan untuk memancing lebih banyak pendengar, DJ Lin menjelaskan buat masa ini format Suria Cinta masih sama. Bagaimanapun, dia sedang berusaha untuk membawa Pakar Motivasi terkenal Datuk Fadzilah Kamsah untuk membincangkan permasalahan pendengar ‘Suria Cinta’.

 

Selain itu, DJ Lin juga akan berkolaborasi dengan GUA.COM di dalam ruangan ‘Perhubungan’. Setiap minggu DJ Lin akan memilih beberapa masalah yang diajukan oleh pembaca GUA untuk diselesaikan bersama-sama di dalam segmen ‘Suria Cinta’.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad