Nurul Enggan Kongsi Kisah Cinta
“Buat masa ini saya lebih senang tidak berbicara soal peribadi. Terutamanya tentang cinta. Pengalaman lalu mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Saya tidak mahu orang tersalah anggap yang saya suka bercerita tentang hal-hal peribadi berbanding perkembangan karier.
Memanglah sebagai seorang artis macam-macam benda yang orang hendak tahu tentang saya, tetapi saya tidak mahu peminat tersalah sangka.Sekiranya jodoh saya sudah sampai, pasti saya akan maklumkan pada semua. Selagi tidak ada sebarang ikatan rasmi, saya tidak akan membuka mulut.
Harap semua pihak faham situasi saya,” ulas Nurul apabila diminta mengulas tentang jejaka ‘Mat Salleh’ yang sering menemaninya.
Melihat kepada penampilannya yang semakin cantik dan langsing sekarang ini, pasti ada yang tertanya-tanya apa amalan kecantikan yang dipraktikkan oleh wanita berusia 33 tahun ini.
Jelas Nurul, selain menjalani rutin harian yang aktif, dia juga menjalani rawatan kecantikan di pusat pelangsingan Glow & Glamour.
“Sudah tiga tahun saya bersama Glow & Glamour. Sepanjang tempoh ini saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Bukan saya tidak percaya dengan penjagaan kecantikan secara semulajadi atau bersenam, tetapi saya berpendapat wanita yang berusia 30 tahun ke atas memerlukan rawatan yang lebih efektif.
Maklumlah, apabila umur semakin meningkat, tahap metabolisme juga semakin menurun. Jadi bantuan mesin-mesin kecantikan ini memang perlu” ujar Nurul yang bermula sebagai pelanggan biasa sebelum Glow & Glamour menawarkan tajaan sebagai jurucakap.
“Di sini saya bukan sahaja buat rawatan pelangsingan, tetapi saya juga buat rawatan wajah. Boleh dikatakan semua rawatan yang mereka sediakan telah pun saya cuba. Satu keistimewaan rawatan Glow & Glamour ialah, hasilnya boleh dilihat dengan serta-merta. Saya paling suka dengan rawatan Ice Spa di mana ia membuang sisa-sisa toksid dalam badan. Selepas rawatan, tubuh akan terasa lebih sihat, segar dan ringan,” ujar Nurul lagi.
Buat peminat Nurul di luar sana, jangan lupa dapatkan mini album penyanyi ini yang berada di pasaran bermula Januari lalu. Album yang diterbitkan menerusi syarikat milik Nurul sendiri, NHW Productions ini memuatkan lima buah lagu termasuk rakaman semula ‘Kerna Terluka’. Tiga lagu baru yang dimuatkan ialah ‘Andai Ku Kenali Ku’, ‘Matahariku’ dan ‘Duniaku’.


