Aku Bukan Tomboy Papar Sisi Komedi Syamsul

14 Nov 2011, 12:57pm   |     |    Utama > HIBURAN > ULASAN >
Kongsi Article Ini:

Puas hati. Itulah kata-kata yang boleh GUA ungkapkan selepas menonton filem ke-6 hasil karya pengarah muda, Syamsul Yusof, ‘Aku Bukan Tomboy’. Walaupun ini kali pertama Syamsul menghasilkan filem bergenre komedi romatik, namun anak teruna Datuk Yusof Haslam ini berjaya mencorakkan filem terbarunya itu dengan baik sekali.

Garapan, jalan cerita serta pelakonnya, tidak kira dari watak utama mahupun kecil, semuanya disampaikan dengan baik dan cukup berkesan. Dan seperti biasa, siapa yang tidak kenal dengan Skop Production, produksi yang amat gemar menghasilkan sekuel kedua pada sesebuah filem.

Lihat saja pada filem arahan Syamsul sendiri, Evolusi KL Drift yang disambung kepada Evolusi KL Drift 2, Bohsia…Jangan PIlih Jalan Hitam (Bohsia 2) dan KL Gangster (KL Gangster 2). Begitu juga filem ‘Aku Bukan Tomboy’ ini di mana GUA percaya, pasti akan ada sambungan keduanya nanti kerana penghujung filem ini agak tergantung.

Kesimpulannya, apa yang boleh GUA katakan, setiap filem yang dihasilkan oleh Syamsul pasti melahirkan satu kelainan serta mengikut selera dan citarasa penonton sekarang. Selain menghiburkan, filem ‘Aku Bukan Tomboy’ juga turut memaparkan mesej yang berguna kepada masyarakat.

Sinopsis

Kisah bermula dengan rentetan kehidupan Farisa yang kehilangan kasih ibu sejak kecil, hanya bapa kandung yang menjadi pelindung tatkala dia mengharungi warna kehidupan sebagai seorang gadis penghantar pizza yang agresif, kasar dan sama sekali bercanggahan dengan sikap gadis normal yang kaya dengan sifat lemah lembut.

Di sebalik karektor lasak Farisa, terselindung naluri semulajadi gadis sejati yang menginginkan kehidupan yang biasa dijalani oleh mana-mana gadis sebayanya. Maka, takdir menentukan bahawa tanpa dirancang Farisa juga berhak untuk menikmati alam percintaan.

Plot bermula di mana Farisa tidak menyangka yang dia akan tersepit dalam cinta tiga segi. Kemunculan Harry, seorang ‘salesman’ yang ‘happy go lucky’, setaraf dengan Farisa yang sebenarnya menyimpan perasaan cinta dan sayang terhadap Farisa. Malangnya Harry seakan kurang mahir untuk mengekspresikan perasaan cintanya terhadap Farisa.

Dalam masa yang sama muncul pula seorang lagi jejaka, Burn berbeza darjat dengan Farisa. Burn seorang yang romantik dan dilahirkan dalam keluarga berada serta berjawatan sebagai ‘junior executive’ di syarikat bapanya. Pandangan pertama Burn terhadap Farisa yang ketika itu sedang menghantar pizza telah melonjakkan minatnya untuk merapati Farisa seterusnya nekad untuk memahkotakan Farisa sebagai permaisuri hidupnya.

Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang.

Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis tomboy untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Siapakah yang menjadi pilihan Farisa sebagai cinta hatinya? Sama-sama kita saksikan, ‘Aku Bukan Tomboy’, pada 17 November 2011 di pawagam berhampiran anda.

Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad