KL Gangster, Filem Aksi Yang Realistik

9 Jun 2011, 01:30pm   |     |    Utama > HIBURAN > ULASAN >
Kongsi Article Ini:

Selepas kejayaan Khurafat yang mencatat kutipan lebih RM 8 juta, Syamsul Yusof, pengarah prolifik yang cukup versatile, kembali dengan sebuah filem aksi, yang tidak keterlaluan dikatakan paling hebat untuk dekad ini, KL Gangster, yang akan ditayangkan pada 9 Jun 2011.

 

Melatari sebuah filem aksi yang cukup dikoreograf, adalah sebuah jalan cerita yang mudah. Kisah pertelingkahan antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, yang merebut kawasan ‘jagaan’ mereka. Ianya boleh dikatakan satu konflik realiti yang wujud dalam golongan masyarakat kota di sini.

 

Syamsul cukup prihatin dengan kehendak dan selera penonton pawagam yang sentiasa berubah. Formula dari filem seram Khurafat, yang mengangkat elemen seram dan ketakutan menjangkau luar kotak, dan menghasilkan kejayaan, telah digunakan semula dalam KL Gangster.

 

Elemen pertempuran, pelanggaran kereta, dan pelbagai aksi lasak, telah diangkat ke satu tahap baru, yang mampu mengisi tunas rasa penonton Malaysia, yang inginkan sebuah filem aksi yang realistik dan dramatik. Seusai itu, kejayaan filem-filem aksi luar seperti Fast Five, bakal disambung dengan kejayaan produk tempatan seperti KL Gangster.

 

Dalam keasyikan bagi mempersembahkan satu naskah aksi yg dekat dengan dunia gangsterisme, KL Gangster juga agak keras dengan kata cela dan ‘taboo’ yang mungkin sedikit sebanyak mampu ‘melekat’ di mulut penonton. Sementara itu, bagi penonton yang masih kecil, nasihat ibu bapa amat diperlukan.

 

Melalui sebuah karya aksi dan jalan cerita yang mudah, KL Gangster juga ada tarikan yang lebih kuat buat penonton, barisan pelakon yang popular kini. Dengan Aaron Aziz juga Adiputra yang cukup sesuai karya ini dalam memaparkan susuk tubuh juga ketangkasan, pelakon lain seperti Ridzuan Hashim juga Zizan Raja Lawak, menambah lagi keterujaan penonton ke pawagam. Kudos juga harus diucapkan kepada Soffi Jikan, yang mampu mencerna baik, watak diberikan, walaupun tanpa susuk tubuh yang tegap.

 

Seharusnya juga, tahniah diberi kepada Syamsul Yusof yang mampu mengarah juga berlakon di dalam KL Gangster, satu ‘Herculean Jobs’ yang agak sukar buat pengarah muda lain.

 

Secara peribadi, KL Gangster, mampu mencipta ‘box office’ seperti mana filem Syamsul Yusuf terdahulu, juga mungkin mampu mendekati kutipan untuk sebuah filem aksi lain, Kongsi, arahan Farid Kamil, yang mendapat kutipan sehingga RM 8 juta, disebabkan industri perfileman tempatan yang agak ketandusan filem aksi seperti ini.

 

Bakal ditayangkan pada 9 Jun 2011, dengan dibarisi pelakon hebat, dan babak aksi yang dikoreograf hampir sempurna, juga jalan cerita yang mudah, pastinya KL Gangster, akan menjadi sebuah karya yang akan mendapat sambutan. Bravo untuk Syamsul Yusof, Skop Production juga tenaga produksi KL Gangster.

Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)