The Thing Bukan Tentang Hantu

13 Oct 2011, 12:00am   |   Miss Ayu  |    Utama > HIBURAN > ULASAN >
The Thing Bukan Tentang Hantu
Kongsi Article Ini:

‘The Thing’ yang dipaparkan dalam filem ini bukanlah tentang hantu atau roh jahat yang mengganggu manusia. Tetapi ia mengenai kewujudan makhluk asing yang sememangnya menjadi subjek popular di kalangan penerbit filem Hollywood.

Walaupun berkongsi tajuk yang sama dengan filem yang diterbitkan pada tahun 1982, tetapi The Thing 2011 bukanlah sebuah filem yang dibuat semula atau sekuel kepadanya.  Sebaliknya ia memaparkan kejadian yang berlaku sebelum  itu. Mungkin anda patut  membaca latar belakang filem ini sebelum menontonnya di pawagam. Sekurang-kurangnya anda boleh mendapat gambaran sebenarnya.

Sejujurnya, GUA tidak menganggap filem ini berbeza dengan filem-filem makhluk asing lain. The Thing masih memaparkan keghairahan saintis yang cuba membuktikan kewujudan makhluk asing kepada dunia. Ekspedisi yang bertujuan merungkai misteri bertukar menjadi mimpi ngeri.  Satu demi satu watak menemui maut, yang tinggal hanya heroin.

Bagaimanapun, perjalanan cerita ini tidaklah membosankan kerana sesekali GUA merasakan debarannya. Cuma permainan penulis untuk menimbulkan kekeliruan tidak begitu menjadi. Terlalu mudah meramalkan apa yang bakal berlaku. Mungkin filem ini sekadar ingin menghiburkan, bukan untuk membebankan fikiran penonton. Jika anda suka menonton filem Aliens, The Thing mungkin memenuhi selera anda juga.

Kisah bermula apabila sekumpulan saintis cuba membuat kajian ke atas makhluk asing yang ditemui terperangkap di dalam ais di Antartika. Situasi menjadi tidak terkawal apabila makhluk yang disangka telah mati itu sebenarnya masih hidup dan mula menyerang mereka satu persatu. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila makhluk asing tersebut boleh berubah rupa menjadi salah seorang daripada mereka.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad