Jom Makan Besor di Sunway Putra Hotel

30 May 2012, 11:15am   |     |    Utama > JALAN >
Kongsi Article Ini:

Sempena sambutan Citrawarna Malaysia, Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur (dahulu dikenali dengan nama Hotel Legend) mengajak anda semua mencuba hidangan masyarakat Johor yang enak-enak.

                   

Promosi makanan yang sedang berlangsung sehingga 3 Jun ini boleh dinikmati di Coffe House hotel ini pada waktu makan tengahari dan makan malam. Bufet berharga RM59++ (makan tengahari) dan RM80++ (makan malam) ini pasti tidak mengecewakan kerana ia disediakan oleh anak jati Johor, Chef Mohd Khairulfazi.

                  

Antara menu utama yang mesti dicuba ialah Nasi Beriyani Gam  dan Nasi Ambang yang sememangnya terkenal dengan masyarakat Johor. Kedua-dua hidangan ini agak sukar hendak disediakan jika tidak tahu ramuan rahsianya.

                  

Jadi, jangan peningkan kepala, datang sahaja ke Hotel Sunway Putra . Selain boleh mencuba kedua-dua hidangan ini, anda juga boleh menikmati pelbagai juadah lazat yang lain seperti Ayam Kuzi, Tauhu Bakar, Sup Gear Box, Singgang Ikan Tongkol Masak Pedas, Otak-otak Gelang Patah, Ayam Kerutup, Telur Pindang  dan Ikan Pari Asam Pedas.

                  

Bagi yang menggemari masakan berkuah atau mi, bolehlah mencuba Laksa Johor, Mi Rebus Muar, Mi Bandung ataupun Lontong. Mungkin hidangan ini tidak sehebat masakan ibu anda, tetapi percayalah anda tidak akan merungut kerana semuanya dimasak secukup rasa.

                  

Sebelum melangkah pulang, jangan lupa meninjau kaunter hidangan pemanis mulut. GUA cadangkan anda membasahkan tekak dengan Air Batu Campur (ABC). Selain itu, boleh juga mencuba Pisang Salai dan Ubi Kayu Rebus Gula Melaka dan juga pelbagai kuih-muih tradisonal lain. Tidak ketinggalan buah-buahan segar, puding, aiskrim dan pelbagai jenis kek.

                  

Bagi yang memilih untuk makan malam di sini, anda akan dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan yang terdiri daripada tarian Joget, Zapin dan Kuda Kepang. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai barangan cenderamata negeri Johor yang dijual di lobi hotel.

                  

Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi talian 03 – 4042 9888, sambungan 9032 atau emelkan kepada dinesph@sunwayhotels.com






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad