Pemenang Kereta Internet Pertama Malaysia
Tiga pemenang peraduan 'Menang Kereta Internet 4G Pertama Malaysia' telah diumumkan baru-baru ini bertempat di Pusat Operasi Rangkaian YTL, Sentul.
Peraduan yang telah berlangsung di Facebook dari 23 Februari sehingga 27 Mac ini memberi peserta peluang memenangi sebuah Proton Inspira edisi khas bernilai RM100,000 yang siap dilengkapkan dengan internet YES 4G.
Para peserta terlebih dahulu dikehendaki menjadi sama ada pengikut Facebook Yes4G atau PROTON. Selepas itu, masing-masing perlu mereka avatar tersendiri yang mewakili gaya hidup mereka serta memuat naik sekeping gambar 'headshot' mereka. Kemudian, peserta mesti melengkapkan slogan dan mendapatkan sebanyak mungkin 'pengikut' di dinding Facebook mereka.
20 peserta dengan markah terkumpul yang paling tinggi disenaraipendek untuk pusingan terakhir sebelum tiga pemenang dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil YES dan PROTON. Pemilihan pemenang berdasarkan kreativiti slogan.
Ng Oon-Ee yang dipilih sebagai pemenang kereta Proton Inspira edisi khas dengan internet YES 4G memberitahu, "Saya amat gembira menjadi satu-satunya warga Malaysia untuk memiliki kereta ini. Saya bangga bila dapat mengatakan saya akan memandu kereta Internet pertama!"

Kereta kemenangan Ng disesuaikan dengan sebuah YES 4G Huddle, tiga iPad Apple®, sebuah sistem audio Sony, tayar 18 inci dan penapis filem haba hitam titanium.
Pemenang tempat kedua, Chew Yoong Sen memenangi sebuah iPad 2 (Wi-Fi), YES 4G Huddle, YES ID Starter Pack dan Valuepack 150 sementara pemenang tempat ketiga, Yew Hong Tat membawa pulang sebuah YES 4G Huddle, YES ID Starter Pack dan Valuepack 150.
10 pemenang saguhati (senarainya boleh dilihat di http://Yes.my/proton) turut diumumkan dan mereka mendapat satu YES ID Starter Pack dan Valuepack 68. Mereka telah dimaklumkan melalui emel dan boleh mengambil hadiah mereka di kedai YES Lot 10.


