Resepi Berbuka GUA - Ayam Masak Merah
Jika ada nasi tomato, sudah pasti gandingannya ialah Ayam Masak Merah. Jadi, GUA kongsikan juga resepi ini untuk pembaca setia GUA. Untuk lebih menarik lagi, cuba pelbagaikan ramuan atau sos yang berlainan seperti sos thai, sos tiram, atau tambahkan dengan kiub ikan bilis.
Ramuan:

6 ketul ayam
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
3 sudu besar pati Tomato
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar cili boh/ cili kisar
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dengan api yang perlahan supaya ayam masak sekata. Angkat dan ketepikan ayam goreng

3. Menggunakan periuk yang lain, panaskan sedikit minyak dari ayam goreng tadi.
4. Tumis bawang merah, dan putih sehingga naik bau
5. Masukkan cili boh/ cili kisar, sos tomato, pati tomato, gula dan garam secukup rasa

6. Setelah sos masak dan mula kering, masukkan ayam yg telah digoreng dan gaul rata

7. Tutup api dan hidangkan bersama Nasi Tomato

Ringkas dan mudah! Sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!
Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini jika masakan anda berjaya.


