Resepi Berbuka GUA - Nasi Tomato

21 Jul 2012, 04:30pm   |     |    Utama > JALAN >
Kongsi Article Ini:

 

Hari pertama di bulan puasa ini, pasti ramai yang berpusu-pusu ke bazar Ramadhan. Jika anda perasan, di mana ada bazar Ramadhan, di situ juga ada nasi tomato. Apa kata GUA kongsikan bersama anda resepi ringkas Nasi Tomato.

 

Ramuan:



2 sudu besar minyak sapi

3 sudu besar minyak masak

1 batang kayu manis

1 biji bunga lawang

3 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

3 cawan beras

2 cawan air

4 sudu besar pati Tomato

1 cawan susu cair

2 biji tomato [dadu]

2 helai daun Pandan

Beberapa biji kismis

Garam secukup rasa

 

Cara-cara:

1. Basuh beras dan toskan

2. Tomato dipotong dadu

3. Hiris mayang bawang merah, bawang putih dan halia

 

 

4. Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. [lebih baik menggunakan periuk nasi]

5. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau

 

 

6. Masukkan pati tomato dan tomato yg telah dipotong dadu tadi

7. Masukkan air dan juga susu cair. Tabur garam secukup rasa

 

 

8. Masukkan beras dan gaul rata

 

 

9. Apabila mendidih, masukkan baki tomato, kismis dan daun pandan, gaul rata selama seminit. Masukkan beras dan gaul rata

 

 

10. Tutup api dan alihkan periuk nasi ke dalam ‘rice cooker’ dan biarkan masak

11. Hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang dan juga daun sup yang di cincang

 

 

Dah pun siap! Lebih enak dihidangkan ketika nasi masih panas. Nak tau apa gandingan nasi tomato? Tunggu artikel selepas ini.

 

Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini jika masakan anda berjaya.

 

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad