Resipi Berbuka GUA - Ais Serbat Mangga

6 Aug 2012, 05:13pm   |     |    Utama > JALAN >
Kongsi Article Ini:

 

Bagi resepi manisan kali ini, GUA ingin kongsikan satu resepi istimewa yang sangat mudah untuk disediakan dan pasti disukai ramai iaitu Ais Serbat Mangga.


Ramuan:

2 biji buah mangga

Gula secukup rasa

1/2 kotak cream / whipped cream

½ cawan air soda berperisa anggur


Cara-cara:

1. Kupas mangga dan potong dadu isi mangga

2. Bahagi kepada 2 bahagian.

3. Masukkan 1 bahagian ke dalam mesin pengisar dan campurkan dengan cream dan gula secukup rasa. Kisar sebati dan tuang ke dalam bekas.

4. Masukkan bahagian kedua kedua pula dan campurkan bersama air soda dan gula secukup rasa. Kisar bancuhan tersebut sehingga sebati.

5. Masukkan bancuhan kedua dalam bekas yg sama dengan bahagian pertama tadi.

6. Kacau kedua bancuhan dan masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 30 minit.

7. Keluarkan bancuhan  dan kisar sehingga bancuhan tadi lembut, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

8. Ulangi aturan 6 dan 7 sehingga bancuhan lembut seperti aiskrim.

9. Apabila anda berpuas hati dengan tekstur bancuhan, hidangkan  sejuk.

 

Memang mudah dan ringkas bukan? Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menjamah resepi ini selepas waktu berbuka nanti. Selamat mencuba.

 

Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini jika masakan anda berjaya.

 






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad