Resipi Berbuka GUA - Ayam Madu

31 Jul 2012, 05:51pm   |     |    Utama > JALAN >
Kongsi Article Ini:

Banyak pilihan lauk yang boleh digandingkan bersama Nasi Hujan Panas. Akan tetapi pilihan GUA untuk kali ini ialah lauk Ayam Madu kerana resepi ini amat mudah dan cepat dimasak.

Ramuan:



6 ketulayam
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
6 sudu besar madu (boleh ditambah lebih)
3 sudubesar rempah kari ayam
4 sudu besar cili boh/ cili kisar
1 batang serai
4 tangkai cili padi
Serbuk kunyit
Garamsecukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit, rempah kari ayam dan garam



2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dengan api yang perlahan supaya ayam masak sekata. Angkat dan ketepikan ayam goreng



3. Menggunakan periuk yang lain, panaskan sedikit minyak dari ayam goreng tadi
4. Tumis bawang merah, serai yang di titik dan putih sehingga naik bau
5. Masukkan ciliboh/ cili kisar, gula dan garam secukup rasa



6. Apabila cili masak dan mendidih, masukkan madu mengikut citarasa anda
7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata



8. Tutup api dan hidangkan bersama Nasi Hujan Panas

Resepi ini amat sesuai untuk anda yang buntu memikirkan juadah berbuka puasa. Selamat mencuba!

Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini jika  masakan anda berjaya.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad